6 Usul Diri

PERHUBUNGAN ROHANI DAN ALLAH

Di dalam masalah perhubungan Allah dan Rohani itu perlu di pelajari dengan penuh hati-hati kerana ia tersangat seni dan kritis, jika tersilap memahamkannya boleh menjadi tersesat dan terkeluar daripada fahaman akidah yang sebenar, oleh kerana perhubungannya dengan Allah ini suatu yang berbentuk kerohanian maka manusia perlu mempelajari ilmunya dengan betul dan bertanyalah kepada orang yang Arif, didalam Al Quran Allah berfirman (Dan ia tetap beserta kamu di mana juga kamu berada) Al Hadid 4. ayat ini mengesahkan bahawa berlaku perhubungan di antara yang tersirat dengan yang Maha tersirat iaitu perhubungan Rohani dan Allah swt, jika perhubungan ini tidak berlaku maka tidaklah alam ini menjadi kenyataan dan tidaklah menjadi bermakna sama sekali, kerana itulah manusia di tuntut mempelajarinya, jika tidak manusia sentiasa berada di dalam keadaan syirik dan syirik itu adalah perbuatan yang terkutuk dan dikutuk oleh Allah swt, oleh kerana perhubungan diantara Rohani ini tersangat penting maka umat manusia wajiblah mempelajari asas-asas ilmu itu dahulu sebelum benarbenar memahaminya kerana ilmu ini di sentoh secara amnya sahaja di dalam Al Quran, kerana itu ulamak berijtihad untuk menyusun mengikut Nas yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadis Rasullullah saw, sehingga kedudukkannya dapat difahami walaupun tidak semestinya menepati maksud yang sebenarnya, namun apa yang penting jangan sampai terjebak dengan perbuatan syirik, kerana itu penulis menganjurkan supaya di pelajari ilmu ini dengan ilmu sifat dua puluh yang berasaskan kerohanian, jika tanpa kerohanian maka ia tidak akan membawa kepada kefahaman yang sebenar dan tidak akan bertemu dengan ilmu kerohanian, adapun ilmu kerohanian ini disebut oleh Allah didalam Al Quran sebagaimana firmanNya Maksudnya: Dan mereka bertanyakan kepadamu tentang Roh, katakanlah “Roh itu adalah urusan Tuhanku, dan kamu tidak diberikan ilmu (tentangnya) melainkan sedikit sahaja (Bani Israil 85) Ayat yang di atas adalah menunjukkan bukti kokoh tentang ujudnya makhluk yang bernama Roh (Kerohanian) tersebut, makhluk ini di cipta oleh Allah untuk mengabdikan dirinya kepada Allah dan telahpun mengakui bahawa dia telah membuat pengakuan di alam Roh, demikian di terangkan oleh tafsir Al Quran pimpinan Ar Rahman pada bab petunjuk ayat muka surat 1465 bab tauhid dan rujukkan pada ayat Al A’araf 172 dan dikatakan juga Roh itu adalah kepercayaan Tauhid dan rujukkannya pada ayat Al Baqarah 255 ini menunjukkan bab Roh ini adalah persoalan akidah dan juga di katakan bahawa orang yang tidak mengambil berat tentang tauhid adalah golongan orang-orang kafir yang fanatik buta. Kita kembali kepada ayat bani Israil ayat 85 yang mene rangkan bahawa Roh itu di uruskan oleh Allah dan ilmu tentangnya di perkenalkan oleh Allah hanya sedikit, maksudnya tidak meluas Apa yang kita kena faham ialah soal ilmu Roh yang sedikit itu ialah supaya manusia tidak menyelidik ilmu tentangnya secara meluas, umpamanya Roh itu di jadikan oleh Allah daripada bahan apa? sepertimana Allah jadikan Adam daripada tanah, kerana soal kerohanian ini bukanl ah setakat Roh sahaja akan tetapi apa-apa yang berbentuk kerohanian adalah termasuk ilmu Rohani, iaitu ilmu makhluk yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar, kepada umat islam jika mereka mengkaji Roh maka itu adalah satu bab sahaja dari bab kerohanian tersebut maka tidaklah wajar bagi manusia takut untuk mengkajinya malah yang dikaji itu ada di dalam batang tubuhnya sendiri, lojiknya apa yang ada didalam rumah kita pun wajib kita mengetahuinya atau apa yang terdapat di d alam poket kitapun wajib kita mengetahuinya sama ada yang benar ataupun yang salah, didalam asas ilmu Roh ini jika kita katakana bahawa ia di uruskan oleh Allah maka asas ilmu iftiqar pada ilmu sifat dua puluh adalah yang paling tepat untuk kita memahaminya kerana ilmu Roh itu berlegar pada sifat Qahar Allah swt dan yang menguruskan Roh itu adalah sifat Kamal Allah swt, yang mana ia di kuasai oleh ke Esaan Allah itu sendiri, jika tidak mana mungkin manusia boleh memahami ilmu Roh itu jika tidak melalui ilmu tersebut inilah satu-satu ilmu yang lebih terang dan jelas untuk di fahami, namun ilmu ini pula menjadi bahan ketakutan manusia untuk mempelajarinya kerana di katakan merbahaya dan di rujuk pula kepada sebab dan musabab pandangan mazhab wahabi yang telah mengharamkan ilmu sifat dua puluh itu kerana di katakan membawa kepada kemunduran dan khurafat

MENCARI KUASA TERSIRAT

Mencari yang ada dan yang kekal, yang ujudnya sebagai perbendaharaan yang tersirat yang sebenarnya tidak dapat dinilai kerana tiada bentuk dan warna, akan tetapi dialah yang mewarnai kehidupan setiap sesuatu, dialah yang tersembunyi yang mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai rahsia yang perlu diselidik didalam kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain, namun kebanyakkan manusia yang berakal tidak menghiraukannya, kerana dia di anggap memeningkan kepala kerana ghaib dan terpendam, tidak di nafikan bahawa setiap sesuatu mempunyai rahsia yang tersirat dan mencarinya bukanlah semudah bercakap tentangnya, akan tetapi ia perlu di kaji kerana ia adalah sumber ilmu dan perkara yang hak, ramai yang memandang remeh tentang tersirat itu kerana tersurat di anggap lebih penting dan bermutu dan yang benar, yang kekal, dan yang mewarnai kehidupan, namun pandangan tersebut sebenar nya salah dan tidak benar sama sekali, oleh kerana itulah setiap yang berakal pe rlu mempelajari serta mengkaji setiap zarah apa yang ia nampak ataupun yang ia tidak nampak kerana apa yang dia nampak itu adalah bayangan sahaja kepada rahsia ilmu tersiratnya, kerana itulah contoh yang baik adalah mencari ilmu dan rahsia yang ada pada ilmu tersebut supaya yang hak itu menjadi teras dan kenyataan Ilmu di ambil daripada nas kalam Tuhan ia itu Al Quran, sedangkan Al-Quran itu mengandungi rahsia kejadian alam yang besar dan perlu di selidik ( Likulli ayatin wa harfim wa nuqthotin minal quraani hikmatun ) Setip huruf, ayat dan titik, di dalam Al Quran adalah mempunyai hikmah. Dan di terangkan juga tentang hikmah yang tersangat besar yang terdapat di dalam Al Quran itu ialah: Maksudnya: Al Quran adalah kalam Allah, setiap huruf ada kemanisannya, setiap kalimah ada kemuliaannya, setiap ayat ada kebahagiaannya, setiap juzuk ada pembalasannya, dan setiap surah ada keselamatannya Ayat yang di atas adalah sebagai contoh yang terdapat di dalam kitab Al-Quran, yang mana di nyatakan setiap titik,huruf,ayat dan surah mempunyai hikmah dan rahmat, demikian juga dengan berbagai peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan menjadi ilmu serta ingatan, juga tauladan supaya di jadikan batas dan sempadan, manusia perlu mencari rahsia dari kejadian kejadian yang terang dan nyata supaya boleh di jadikan ilmu dan kefahaman tentang kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang berlaku terhadap seluruh makhluk Tuhan, ini bukanlah ber erti segala kejadian tersebut habis begitu sahaja malah ianya perlu di jadikan iktibar atau kajian sebab dan musabab dan di atas kajian itulah akan lahir ilmu di sebalik tabir atau tersirat dan menjadi dalang bagi menghidupkan segala kehidupan dan watak mengikut ketetapan yang Maha Pencipta kepada seluruh alam,sebab itulah tidak akan bergerak sesuatu juapun jika tiada dalangnya

KEWUJUDAN YANG MAHA PENCIPTA

Kewujudan Yang Maha Pencipta di terangkan oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya Al Insan ayat 1 Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa yang beredar sedang ia (insan) belum ujud lagi, zaman itu tidak dapat untuk di-sebut-sebut mengikut perhitungan masa, mengapa kaum musyrik itu engkar? Mengikut ju mhur ulamak zaman yang di sebut oleh Allah swt di atas adalah zaman yang hanya ujud ialah Zat Allah semata-mata dan makhluk Allah yang lainpun belum lagi ujud, akan tetapi Allah yang kita kenali sekarang sebagai Tuhan yang wajib di sembah itu dan di kenali sebagai (Dialah yang awal, Dialah yang Akhir, Dialah yang Zahir dan Dialah yang Batin) telahpun sedia ujud, Yang di katan yang Awal itu kerana Dia bersifat Qidam, iaitu sifat yang mutlak bagi diriNya, dan tiada di dahului oleh sesuatu jugapun, demikianlah juga dengan sifat Akhir dengan tiada berkesudah an, kerana ia memiliki sifat mutlak yang Baqo, ini bererti Dia memerintah, mentadbir, Mengurus, Menguasai semua makhluk ciptaaNya daripada awal sehingga ke akhir, sementra siafat ZahirNya ia menunjukkan kepada jelas dan terangnya segala apa yang berlaku atas bergerak dan diamnya segala alam ciptaanNya adalah dari kerja urusanNya, ia juga di kenali sebagai Af’al Tuhan atau kerja buat urusan yang senantiasa menjalankan urusanNya sebagaimana firmanNya menyatakan Maksudnya: Semua makhluk yang berada di langit dan di bumi sentiasa Berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya) (Ar Rahman 29) Ayat yang di atas mengukuhkan lagi kefahaman umat islam bahawa segala yang bergerak dari sekalian makhlukNya adalah ditadbir dan disebabkan oleh kuasa dan kehendak Allah swt, dengan kuasa tadbir itu bermakna takdir seluruh makhluk itu adalah di bawah kuasa gerak daripada Ke Esaan Tuhan secara mutlak dan di tentukan oleh Allah swt, mengikut nafsu semasa makhluk tersebut, inilah suatu rahsia takdir daripada Tuhan terhadap makhlukNya, dan di-sinilah kekaburan manusia tentang ilmu qadha dan qadar Allah swt sehingga membawa kepada pertengkaran yang tiada berkesudahan, ini bererti sekalian makhlukNya tiada mempunyai pilihan daya dan keupayaan setelah di nilai taraf kehendak nafsu seseorang tersebut sebelum takdir di timpakan oleh Allah swt kepadanya, ini bererti ke EsaanNyalah yang sepatutnya di fahami oleh sekalian makhluk terutama manusia yang memiliki akal lagi mampu berfikir secara waras, dengan kenyataan di atas jugalah kita di fahamkan bahawa Tuhan itu sentiasa menjalankan urusanNya tanpa berhenti-henti dan tanpa batas waktu dan masa, ertinya setiap bergeraknya makhluk itu adalah datang dari takdir ke Esaan Tuhan, demikian jugalah dengan sifat wal Batinu Tuhan yang sememan gnya tidak dapat di lihat dengan mata yang zahir, hanya dapat di yakini oleh mata basirah iaitu mata hati manusia kerana itulah juga manusia wajib tahu dan meng enal fungsi mata hatinya di samping mengenalinya dengan sempurna, terutama mengenal kekuasaan Tuhan secara yang menyeluruh sebagaimana firmanNya Maksudnya: Dialah Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia,yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang amat pemurah dan amat mengasihani,Dialah Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia, yang menguasai, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang melimpahkan Keamanan, yang Maha Mengawal dan Mengawasi, yang Maha Kuasa, yang Maha Kuat, yang melengkapi segala Kebesaran, Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan, Dialah Allah, yang mencipta sekalian makhluk, yang mengada kan, yang membentuk rupa, (mengikut kehendakNya) baginyalah nama yang sebaiknya dan semulia-mulianya, bertasbih segala apa yang berada di langit dan di bumi, Dialah yang tiada tolok bandingnya, lagi amat Bijaksana (Al-Hasyar 22, 23, 24) Ayat yang di atas adalah merupakan ayat akidah yang wajib di percayai oleh semua manusia yang beriman kepada kuasa Ketuhanan yang menjadikan sekalian alam-alam ciptaanNya, dan ayat yang diatas menunjukkan kekuasaanNya yang menyeluruh terhadap alam tersebut, oleh kerana itu manusia wajib mengenali Tuhan secara menyeluruh sama ada Zatnya, Asmaknya, Sifatnya dan juga Af’alnya, yang ke semuanya bergerak serentak tanpa ada yang mendahulu atau terkemudian

MENTAUHIDKAN ZAT

Menyatakan dengan penuh rasa kesedaran dan pengakuan bahawa kita menerima dan menyatakan bahawa tiada seorang yang waras dapat membuat kajian yang memperolehi kejayaan tentang penemuan keadaan Zat tersebut, yang mengakui telah bertemu dengan keadaan Zat Allah swt itu adalah dianggap sudah gila atau pendusta, kerana tiada yang termampu melakukan kajian terhadap keadaan yang tidak menyerupai apa jugapun,Dia tiada dapat di bandingkan dengan segala yang ujud daripada seluruh makhlukNya, Dialah yang mengatasi segala yang ujud (ada) tiada yang mampu menyatakan keadaan Zat tersebut walaupun Nabi-nabi dan Rasul rasulNya sekalipun atau para MalaikatNya sekalipun, yang cuba mencari-cari rahs ia Zatnya ataumenyelidik keadaanNya pasti akan kecundang dan tersungkur kerana ada larangan daripadaNya sebagaimana firmanNya Maksudnya: Allah mencegah kamu daripada mengenal Dirinya (Zatnya) (Ali Imran 30) Dan sabda Rasullullah saw menyat akan dalam sebuah hadisnya: Maksudnya: Fikirkanlah segala makhluk Allah, dan jan gan kamu Fikirkan tentang Zatnya, maka dengan sebab itu kamu Akan binasa (HR Abu Naim dan Tabrani) Allah swt mengingatkan manusia yang mempunyai akal supaya memahami taraf akal yang di kurniakan Allah kepada mereka yang terhad fungsinya untuk menyelidikang tersurat dan tersirat dan perkara yang batin lagi ghaib, sementara Baginda Rasullullah saw pula mengingatkan umatnya supaya tidak menumpukan fikirannya secara berat tentang Zat Allah swt itu kerana bagaimana hebatnya fikiran seseorang itu memikirkan tentang Zat Allah swt maka hasiln ya adalah kosong kerana tiada seorangpun yang termampu menyelidikki Zat Allah tersebut, di dalam sebuah firman Allah pada surah Asy Syam ayat 11 Allah berfirman Maksudnya: Tiada siapapun yang menyamai (Zat Allah) Dia adalah Yang Maha mendengar dan Maha melihat, Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan Zat Allah swt itu tidak dapat di bandingkan dengan apa juga makhluk ciptaanNya iaitu (Mukholafatuhu Ta’ala lilhawadis) oleh kerana itu jangan ada lagi yang me merah fikiran untuk mengkaji Zat tersebut, akan tetapi jika ada yang tidak mahu membazirkan perahan lembaga akalnya untuk mengetahui Zat itu maka kajilah Zat yang ujudnya bersebab, iaitu Zat Ma’anawiyah atau Asmak Allah swt yang hampirnya den gan Zat Nafsiyah itu paling hampir dan tidak pernah bercerai

TAUHIDUL ASMA

Setiap yang beriman kepada Tuhan wajib pula mereka mempercayai bahawa Tuhan mereka dan Tuhan sekalian makhluk itu mempunyai nama-nama yang tertentu dan indah, yang mana nama-nama tersebut mempunyai maksud yang tertentu dan mempunyai maksud pengertian yang sesuai dengan kuasaNya, dan nama tersebut begitu penting bagi diriNya untuk mentadbir seluru alam ciptaanNya dan namanama itu juga penting di ketahui oleh sekalian hambaNya supaya mereka memahami akan setiap kejadian adalah datang daripada kekuasaan Tuhan, diantara nama-nama Tuhan yang pa ling agong ialah ALLAH, yang mana nama tersebut mengandungi pengertian Zatnya atau diriNya, AsmakNya atau namanamaNya yang baik dan agong, Sifat-sifatnya dan Af’a lNya, kesemuanya ini wajib di ketahui supaya manusia khususnya terelak daripada melakukan penyekutuan (Syirik) kepada Tuhan, di dalam Asmak Tuhan tiada satupun sifat AsmakNya yang tiada berfaedah terhadap makhluk ciptaanNya, ini kerana dengan AsmakNyalah Tuhan memerintahkan kepada manusia supaya menyeru AsmakNya apabila memohon sesuatu hajat, asmak Allah swt ini adalah sifat mutlak Allah untuk men tadbir makhlukNya, dan ia adalah bertaraf Zat kerana dengan nama-nama tersebut menunjukkan Dia memilikki kebesaran dan keagungan yang mutlak, di dalam Al Quran Allah berfirman di dalam surah Al A’araf ayat 180 Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik dan mulia Berdo’alah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu Pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dengan Menyebut nama itu, mereka akan dapat balasan dengan Apa yang mereka kerjakan Ayat di atas menunjukkan kuasayang telah di tetapkan oleh Allah swt kepada manusia supaya menyebut AsmakNya apabila mahu yang memohon sesuatu hajat kepadaNya dengan menyebut namanamaNya, ini bererti apabila kita mahu bermohon sesuatu maka kita serulah ALLAH dahulu kemudian baharulah mita seru namaNya yang lain, sebagai contoh ” Ya Allah Ya Rahman” (Wa hai Tuhan yang amat Pengasih) kita sebut begitu adalah kerana Allah itu adalah g anti nama kepada Zat (DiriNya) dan Rahman adalah sikap sifat Zat yang Pengasih,jika kita seru dengan Rahman sahaja mungkin seolah-olah kita akan melupai akan d iriNya, itu adalah suatu tertib yang jelas dan nyata, kerana pada ayat Al A’araf di atas ada larangan Allah kepada segolongan manusia yang menggunakan namaNya sahaja untuk kepentingan diri dengan menyebut nama-namaNya sahaja tanpa menyebut nama bagi Zat (Allah) dengan tujuan mengqadamkan Asmak Allah tersebut

ASMAUL HUSNA TERBAHAGI DUA

Asmaul Husna atau nama-nama Allah terbahagi dua kumpulan besar, satu di kenali sebagai Asmaul Adhom dan lagi satu Asmaul Husna, Asmaul Adhom maksudnya Nama-nama Allah yang meng Agongkan ZatNya, Asmak ini khusus untuk DiriNya sahaja, ia bertujuan meng Agongkan diriNya supaya dapat membez akan dengan makhluk ciptaanNya, ertinya Asmaul Adhom itu hanya di timpakan kepada Zat sahaja, sementara Asmaul Husna adalah nama-nama Tuhan yang di-timpakan kepada seluruh alam ciptaan Tuhan yang menunjukkan kuasa mentadbir dan takdirNya dari ke Esaan ZatNya.

TAUHIDUL SIFAT

Wajib mempercayai ujud sifat Allah swt, yang di maksudkan dengan sifat di sini ialah sifat yang berdiri pada Zat Allah atau sifat yang bergantung kepada Zat Allah, ada pandangan ulamak ilmu ketuhanan mengatakan bahawa tiada istilah sifat di dalam ilmu ketuhanan kerana Allah sudah memilikki sifat Asmaul Husna yang indah dan Dia tidak memerlukan sifat lagi, hujah mereka ialah apabila Zat yang Maha Agong itu sudah memilikki sifat kamalat yang tidak terhingga banyaknya itu serta qadim pula maka apa perlu Dia berkehendakkan kepada sifat yang lain, pada masalah inilah para ulamak ilmu ketuhanan cuba merungkaikan dengan berijtihad mensari jalan penyelesaian dengan mengujudkan ilmu yang di kenali sebagai sifat yang dua puluh, yang mana ilmu ini cuba mencari jalan penyelesaian dengan sewajarnya sehingga mereka (ulamak ilmu ketuhanan) menemui jalan penyelesaian terhadap ilmu sifat ini dan mereka memperkenalkan maksud sifat itu ialah yang berdiri pada Zat atau sifat yang mengharapkan kepada Zat dengan istilah sifat ma’ani (sifat bermakana) sementara sifat Zat yang qadim (Sifat Asma ul Husna) di istilahkan kepada sifat Ma’anawiyah (sifat yang memberi makna) ertinya sifat Ma’anawiyah memberikan makna kepada sifat ma’ani, sebagai contoh jika sifat ma’ani itu sifat qudrat maka yang memberikan makna kepada sifat qudrat itu ialah sifat Asmak Allah yang bernama Qadirun, sebagai contoh, sifat qudrat bermaksud kuasa, dan sifat Qadirun bermakna Yang amat Berkuasa oleh itu Yang amat Berkuasa memberikan kuasa (tenaga) kepada sifat kuasa maka barulah sifat qudrat itu memper olehi kuasa dan demikianlah kepada sifat-sifat yang lain, oleh kerana itu jelaslah sifat qudrat itu adalah makhluk. Para ulamak ilmu Ketuhanan menggariskan beberapa sifat dan istilahnya didalam keilmuan ini supaya di fahami oleh manusia untuk permulaan memahami mengenal Allah dan hamba Tuhan, mengenal Tuhan yang ghaib dan tersirat dan mengenal hamba yang tersirat dan tersurat, dan di sinilah punca perhubungan di antara yang ghaib dan yang nyata bermula, dan perlulah di ketahui yang mana di antaranya yang memberi erti di dalam kehidupan manusia dan perhu bungannya dengan Tuhan dan menetapkan yang lebih berkuasa di antaranya, kerana itu para ulamak di dalam bab ilmu ini melahirlah istilah Nafsiyah, Salbiyah, maani dan Maanawiyah, para ulamak juga menggariskan susunan jumlah sifat pada setiap bahagian dari sifat tersebut mengikut kesesuaian sifat tertentu kepada setiap bahagian supaya tujuan ilmu tersebut menepati ilmu akidah dan memberikan kefahaman dengan jelas seperti yang tersenarai di bawah ini:

1. Sifat Nafsiyah di bahagikan kepada satu iaitu sifat Wujud

2. Sifat Salbiyah di bahagikan kepada lima sifat iaitu Qidam Baqo, Mukholafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Binafsih dan Wahdaniyah

3. Sifat Maani di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’a, Bashar, dan Kalam, Sifat Maanawiyah di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu sifat

4. Qadirun, Maridun, Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirun dan Mutakallimun iaitu sifat Asmaul Husna Kesemua sifat diatas berjumlah dua puluh sifat, dan istilah sifat di berikan kepada semua sifat dua puluh itu adalah kerana mengelakkan kepada pengamal ilmu ini dari bercakap tentang Zat, akan tetapi jika kita nahu memahami ilmu yang sebenarnya ialah Nafsiyah itu ialah Zat yang bertaraf Diri Tuhan, Salbiyah bertaraf Keagungan Tuhan, Ma’ani bert araf makhluk Tuhan dan Ma’anawiyah bertaraf Asmaul Husna Tuhan ia itu sifat Tuhan oleh yang demikian taraf sifat itu yang di katakanaberdiri atau mengharapkan pergantungannya kepada Tuhan adalah bertaraf makhluk kerana Tuhan tidak memerlukan pergantunganNya dengan sesiapa, dan kerana itulah juga di dalam ilmu sifat dua puluh memberi kefahaman kepada ilmu mengenal Rububiyah dan Uluhiyah atau ilmu di antara Tuhan dan hamba, iaitu hamba yang tersembunyi ia itu Rohani yang bersumber dari sebahagian dari sifat maani tersebut, atau di kenali juga sebagai sifat Qahar yang bersumber daripada sifat Maani bukan hamba yang tersurat iaitu jasad manusia, dan sifat inilah yang di maksudkan yang berdiri atau bergantung pada Zat , iaitu Zat Maanawiyah (Asmaul Husna) bukan Zat Nafsiyah dan sementara itu Zat Maanawiyah pula berserta dengan Zat Salbiyah dan Zat Salbiyah pula adalah menunju kkan Keagungan Zat Nafsiyah, ini bererti Nafsiyah, Salbiyah, Maanawiyah sentiasa berserta dengan sifat Maani, maka di sinilah kefahaman orangorang yang mengenal Allah dan mengenal diri supaya meninjau dan memahami ilmu

INSAN KAMIL

Yang menemukan di antara sifat Qahar dan sifat Kamal Allah swt, pertemuan di antara tiga kumpulan sifat Salbiyah, Maanawiyah dan sifat Maani yang mana sifat ini merupakan sifat Al Uluhiyah di dalam bab ilmu Iftiqar, kerana itulah setiap manusia wajib memahami ilmu akidah supaya mereka memahami Alif Ba Ta ilmu Ketuhanan dan Kehambaan, ia itu hamba yang ghaib dan tersirat yang di kenali secara umum sebagai makhluk Allah swt, yang diperintahkan kepada manusia supaya mengenal dan mememiki rkannya (Fikirkanlah tentang makhluk Allah) oleh kerana itulah di katakana bahaw a sifat Maani itu adalah bayang-bayang kepada sifat Maanawiyah.

TAUHIDUL AF’AL

Manusia yang masih hidup wajib mempercayai,mengakui bahawa segala Af’al Allah datang daripada kuasa ke Esaan Tuhan, inilah suatu fahaman akidah yang tidak dapat hendak di nafikan oleh seluruh manusia, dan Af’al Allah itu membawa maksud segala gerak dan diamnya sekalian makhluk yang di jadikan Tuhan adalah kerja buat perbuatan Allah di atas takdirNya, jika manusia tersilap menyangka segala perbuatannya itu atas kuasa mutlak darinya sendiri tanpa di kaitkan dengan takdir maka terperan gkaplah manusia itu dengan perbuatan syirik, ramai di kalangan manusia yang terperangkap dan memerangkap dirinya ke dalam perbuatan syirik ini kerana kejahilann ya atau kemalasannya kerana tidak mengambil berat dan yakin untuk mempelajari ilmu Ketuhanan dan kehambaan dan tidak kurang yang mengambil rengan dengan ilmu dirinya sendiri, dan ada di kalangan manusia yang menamakan ilmu Af’al Allah ini sebagai ilmu takdir daripada Tuhan kerana itu mereka selalu mengingatkan diri mereka dengan selalu berdo’a. Maksudnya: Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang datang daripadaMu

Manusia berlindung dan mengharapkan kepada Tuhan supaya segala takdir kejahatan dan kecelakaan di jauhkan daripada kita kerana tiada siapapun yang berakal merasa rela menerimanya tambahan lagi takdir yang buruk itu datang tanpa di ketahui datang dari Tuhan, walau bagaimanapun takdir kejahatan pasti ada hikmah di sebaliknya. Dan lagi FirmanNya:…

Maksudnya: Katakanlah olehmu segala sesuatu itu datang daripada Allah (An Nisa 7 8) Ayat yang di atas menerangkan bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Allah , dan sesuatu itu dimaksudkan pula secara syumul sama ada makhluk ciptaanNya ataupun setiap sesuatu itu bermaksud segala pergerakkan alam datang daripadaNya atau apa juga takdir yang berlaku kepada sekalian makhlukNya adalah datang disebabkan atas kehendakNya. Terlalu banyak ayat Al Quran yang menyebut tentang Af’al Allah di antaranya Allah berfirman: Maksudnya: Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan (As Shofat 97) Maksud ayat yang di atas ini ialah Allah menerangkan bahawa Dialah yang menjadikan manusia (kita) sama ada zahir dan batinnya dan Dialah juga yang menggerakkan manusia itu. Dan lagi firmanNya: Maksudnya: Tidaklah kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allahlah yang melempar (Al Anfal 17) Ayat yang di atas menerangkan bagaimana kuasa melempar yang datangnya daripada manusia itu di anggap sebagai kuasa yang terdapat daripada manusia, akan tetapi sebenarnya adalah datang daripada Allah swt, inilah rahsia kombinasi sifat Qahar dan sifat Kamal yang kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya kerana ia di anggap soal remeh dan memeningkan akal dan jangan ada hendaknya manusia menjadikan pengetahuan yang hak itu sebagai mangsa kepentingan didi dan kuasa wal hal ia suatu yang wajib di ketahui kerana akal adalah makhluk dan dia perlu beribadat dengan menggunakan akal tersebut dan demikianlah juga kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, dan kebanyakkan manusia tidak mengetahui bahawa akal itu adalah yang tersirat yang menentukan hala tuju manusia mengabdikan diri kepada Allah, juga manusia perlu berfikir bagaimana sesuatu perbuatan itu dapat di laksanakan jika akal tidak memainkan peranannya apabila hendak melakukan sesuaru rancangan yang sempurna, dan manusia juga perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu itu adakah terlarang atau di perintah. Dan lagi firmanNya: Maksudnya: Dan tidaklah kamu yang berkehendak melainkan apa yang di kehendakki oleh Allah (At Takwir 29) Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kehendak setiap manusia itu sebenarnya adalah kehendak Allah swt, dan kehendak Allah itu adalah takdir yang di timpakan kepada manusia mengikut taraf sifat dan sikap nafsu seseorang itu, kerana itulah manusia perlu melihat fungsi akalnya supaya berikhtiar untuk menyelamatkan dirinya dengan mencuci sikap hawa nafsu nya,tidak boleh bersikap jabariyah kerana Allah telah mengurniakan manusia akal untuk berikhtiar bagi menyelamatkan diri mengikut arahan Tuhan di dalam Al Quran dan di sinilah setiap manusia perlu bertanyakan kepada dirinya tentang faedah apa Allah kurniakan kepadanya akal dan akal itu hendaklah di rujuk kepada konsef jabariyah sama ada boleh mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia ataupun tidak atau apa yang sebenarnya konsef jabariyah tersebut di dalam kehidupan manusia dan ketika mana ia perlu di gunakan di dalam kehidupan ini tidak bermakna sifa t jabariyah itu tidak perlu ada akan tetapi ia perlu di lihat dari konsef kehidu pan seorang manusia yang bertugas sebagai khalifah di bumi bagi menunaikan perin tah Allah swt dan jabariyah bukanlah suatu konsef yang mendorong manusia berlepas tangan dengan tugas sebagai khalifah jika ia di rujuk kepada fungsi akal yang sentiasa berfikir kepada soal kebaikkan dan kesempurnaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s