4 Usul Diri

SEMBAHYANG TAQWA

1. Setiap manusia yang melakukan sembahyang wajib mengaku sebagai manusia yang sempurna, iaitu Insan kamil . Kerana itu siapa yang tidak sembahyang maka ia bukanlah manusia yang sempurna, yang bererti ia bertaraf makhluk sebagaimana Azazil yang telah berkhidmat dengan Tuhan selama 12,000 tahun kepada Tuhan kemudian berakhir dengan menderhaka kepadaNya.

2. Derhakanya Azazil kepada Tuhan kerana tidak mengetahui rahsia perintah tunduk kepada Adam a.s oleh Allah swt, ertinya tidak mahu sembahyang dan akhirnya ia terus dilaknat oleh Allah dengan nama syaitan bertaraf iblis.

3. Sembahyang itu adalah untuk mempraktikkan ikrar dan janji kita semasa di Alam Roh. Ia bukanlah membawa kepada masuk ke syurga, hanya menunaikan ikrar dan janji rahsia tunduk di Alam Roh dan rahsia masuknya peristiwa Rohani kedalam jasad bayi kedalam perut ibu yakni tanda Ubudiah (pengabdian seorang hamba). Firman Allah: Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telahmenjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan (An-Nahl 91)

4. Sembahyang seorang ahli taqwa tidak ada lafaz usalli, kerana usalli kepada orang taqwa adalah hal yang maklum, kerana usalli itu adalah kerja orang awam, dan sembahyang yang dilaksanakan itu mestilah keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan kamil. Selagi ada sifat makhluk, maka ia tetap masuk api neraka. Hanya Insan kamil sahaja selamat dari api neraka.

3 darjat manusia didalam 3 perkara pokok.

1. Insan kamil – Insan ketuhanan.

2. Insan kamil wa mukammil – Insan bertaraf Muham mad (Mahmudah).

3. Insan mukammil – Insan Abudiah (pengabdian) taraf Adam.

5.Sembahyang mesti fana dalam Zat Allah, fana dalam Sifat Allah dan fana dalam Af’al Al lah, maka fana itu ialah mempraktikkan kerja buat LA ILLAHA ILLALLAH atau LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH ertinya jasad dalam kalimah Alif ertinya HU. Bagi perempuan HA ertinya HU.

6. Kita berkata didalam hati `Tiada Zat aku hanya Zat Allah,tiada Sifat aku hanya Sifat Allah, tiada Af’al aku hanya Af’al Allah, tiada ujud ak u hanya ujud Allah’ dan jangan ingatkan batang tubuh kita, sebaikbaiknya ingatkan dia Zat dan dia Asmak ertinya menyerahkan diri kepadaNya. Firman Allah: Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya (An-Nahl 89)

7. Sembahyang itu ialah untuk mempraktikkan kerja buat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kepada golongan ahli taqwa. Kepada orang syariat dimaksudkan `tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’ tetapi kepada golongan ahli taqwa, BISMILLAH itu Zat kepada Allah tetapi kepada kita Nyawa (Insan) atau Ruhul Hayat (LA YAHLUQU). ARAHMAN itu Sifat kepada Allah, maksudnya hati kepada kita, yakni Ruhul Yaqazah, ARRAHIM itu Af’al kepada Allah dan kepada kita tubuh (jasad), Jelasnya kita berasal daripada BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, kerana itu kita tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kerana kerja buat perkara 13 rukun sembahyang itu semua dilakukan oleh Tuhan pada keseluruhannya. Rujuk kefahaman pada ilmu IFTIQAR kerana itu tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada Al-Fatihah dan ayat lazim kerana belajar saufisma ini kepada fekah tasauf yang tiada berkait dengan fekah dan usuluddin hanya semata-mata tasauf yang dapat mengelakkan perkara syirik khafi dan mukhafi, asrar dan jali.

8. Sembahyang hendaklah fana dalam Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah dan jangan pula kita didalam Asmak Allah kerana kita hanya menyembah Zat dan memuji AsmakNya. Apakala kita sudah fana seba gai Insan kamil, mukammil dan wa mukammil, barulah angkat takbiratul ihram (ALLA HU AKBAR)

MEMAHAMI FAEDAH SEMBAHYANG

1. Faedah sembahyang ahli taqwa ini adalah untuk mencuci nafsu, kerana daripada nafsulah perbuatan fasik dan mungkar itu terjadi. Kerana itu :

1. Sembahyang Subuh untuk mencuci nafsu Ammarah

2. Sembahyang Zohor untuk mencuci nafsu Lawamah

3. Sembahyang Asar untuk mencuci nafsu Sawiah

4. Sembahyang Maghrib untuk mencuci nafsu Muthmainah

5. Sembahyang Isya’ untuk menyempurnakan nafsu Takmaninah

2. Sembahyang itu adalah fardhu lagi wajib, fardhu kerana sampai waktu hendaklah dilaksanakan tanpa qadha, sampai masanya hendaklah dilaksanakan, melaksanakan sembahyang dengan segala rukunnya adalah wajib kecuali uzur syarie.

3. Setiap orang bertaqwa hendaklah juga bersembahyang daiem kerana sesiapa yang tidak sembahyang daiem ia lebih hina daripada anjing dan babi dan pahalasembahyang daiem 150,000 setiap hari. Adapun rahsia rukun 13 sembahyang itu ialah:

1. Niat itu tubuh didalam dunia dan akhirat

2. Qiam itu pelita didalam kubur

3. Takbiratul Ihram itu meluaskan tempat didalam kubur

4. Al-Fatihah itu pakaian didalam kubur

5. Ruku’ itu permaidani didalam ku bur

6. Iktidal itu memberatkan timbangan dari kesalahan ketika menghadap Tuhan

7 . Sujud itu mempercepatkan apabila melalui titi Siratulmustaqim.

8. Duduk dianta ra dua sujud itu payung di Padang Mahsyar

9. Tahyat awal itu kenderaan di Padang Mahsyar

10. Tahyat akhir itu menjawab pertanyaan Mungkar Nangkir

11. Selawat it u bertemu dengan Nabi Muhammad saw

12. Salam itu membuka pintu syurga

13. Tertib itu menemukan Khalikul Alam di syurga Bererti setiap perbuatankita didalam sembahyang itu adalah dinilai oleh Allah swt dan ditentukan ganjarannya didunia dan akhirat, InsyaAllah.

4. Rahsia niat itu menjamin seseorang itu berlaku ikhlas t erhadap Tuhan dan membolehkannya mendapat ganjaran kepada 13 rukun sembahyang tanpa niat ia tiada mendapat apa-apa faedah dan niat itu menunjukkan kesedaran seseorang itu sebagai hamba kepada Tuhan kerana itu semasa menjelmanya niat tidak boleh:

Hajis – ertinya tergerak hati kerana sesuatu faedah 2.
Khatir – terlint as hati kepada tujuan yang berganda
Waham – ertinya was-was lemah ilmu dan iman (tiga perkara diatas adalah kerja syaitan) Berniat wajib:
Huzur – ertinya tetap Roh ertinya sebagai menunai janji (Alam Roh)
Azam – cita-cita yang putus . Sedar tanggungjawab
Duhul – ertinya sedia tiada halangan
Kasad – ertinya hajat (menunaikan amanah) Adapun niat itu tiada berhuruf, tiada berupa dan tiad a bersuara. Ia merupakan kerja hati (Ruhul Yaqazah) dan niat itu meliputi kepada mesra seluruh badan diluar dan dalam. Didalam niat itu: Munajat empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang

3. Tabdal kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma’arifat.

4. Meeraj Empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada maarifat. Ini bererti tatkala Takbiratul ihram itu nyawa mesrakan dengan jasad dan hancurkan jadi demikian, ertinya hapuskan dan lengkapkan perbuatan hamba itu didalam Af’al Allah, didalam Sifat Allah, karamkan Zat hamba kepada Zat Allah, maka yang tinggal ialah Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah. Kerana itu tiada Zat kita (Insan), sifat kita(Ruhul Yaqazah) dan Af’al kita (jasad), hapuskan niat itu kepadanya, pulangkan ke pada Adam yang sedia,barulah angkat takbir Allahu Akbar maksudnya yang maujud hanya kerja Allah tidak ada kita. Pada Allahu Akbar itu berlakulah tawakal, iaituserahkan kelakuan diri kepada kelakuan Allah (Af’al Allah). Berlaku Tabdal serah diri dan hapuskan kelakuan hamba kedalam keadaan hak Allah. Berlaku Meeraj yakni berpindah naik ketempat yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang punya amanah. Berlaku munajat serahkan kepada hanya kerja Dia dinamakan Khas ul Khas dan kalam itu menjadi Mutakallimun.

5. Adapun kunci sembahyang itu Takbiratul ihram, dan anak kunci sembahyang itu noktah ghaib La ta’ayun dan noktah Insan Ta’ayun awal.

6. Sembahyang itu Salam Zaman. Semasa melakukan solat itu tidak boleh bid’ah, `Apat, syirik.

7. Didalam masa melakukan Takbiratul ihram itu hendaklah ma’alom, iaitu masuk pintu Tauhid dan niat didalam musyahadah Zat Allah, ertinya segala tubuh, anggota perasaan, fikirkan bulat menjadi satu menghadap Tuhan.(kerja buat Zat dan Asmak) 8. Maka usalli itu adalah Zat wajibul wujud yang menggerakkan amal daripada niat sampai tertib mengikut susunan daripada awal dan akhir, daripada asal dan usulnya.

1. Asal Allah d aripada Zat

2. Usul Allah daripada Sifat

3. Asal kita daripada Nyawa

4. Usul kita adalah hati

9. Adapun maksud fardhu itu ialah menentukan istana nyawa kita yang bernama Qolbun mukminin, tempat tilik Allah akan perbuatan hambaNya yang berasaskan niat.

10. Adapun maksud raka’at itu ialah gerak, qiam, sujud, duduk diantara dua sujud danIktidal.

11. Adapun usalli itu dinamakan kebangkitan hati yang di sebut inbi’atul qolbi dan bukan hadiksunnafsi atau cerita hati.

SEMBAHYANG DAN SOAL JAWAB

1. Apakah maksud Solat? Maksud solat menyembah Zat, memuji Asmak dan men gakui Af’al Allah.

2. Apakah kesempurnaan solat? Kesempurnaan solat apabila kerja­kerja yang mengandungi:

1. Kerja-kerja hati (Qalbi)

2. Kerja-kerja lidah (Qouli)

3. Kerja-kerja pergerakan anggota (Fe’li)

3. Apakah kandungan rukun Qalbi, Qouli dan Fe’li? Adapun kandungan rukun Qalbi itu duaperkara

1. Niat

2. Tertib Rukun Qouli itu lima perkara

1. Takbiratul Ihram

2. Membaca Al-Fatihah

3. Membaca Tahiyat Akhir

4. Selawat Nabi pada tahiyat Akhir

5. Mengucap salam yang pertama

Rukun Fe’li itu enam perkara

1. Berdiri betul

2. Ruku’

3. `Iktidal

4. Sujud

5. Duduk diantara dua sujud

6. Duduk membaca Tahiyat Akhir

4. Apakah kandungan niat (hakikat niat)? Kandungan niat itu adalah perkara yang berkait dengan ilmu qashad, taaradh dan ta’ayien

1. Qasad – menyehajakan kerja solat

2. Taaradh – menyatakan fardhu (kefardhuan)

3. Ta’ayien ± menentukan waktu (nama sembahyang)

5. Mengapa wujud Solat? Ujud solat kerana ujud hamba dan ujud Tuhan.

6. Mengapa ada yang belajar agama tetapi tiada solat? Kerana tiada sampai kepada kefahaman ma’arifah hakikat.

7. Apa rahsia rukuk dan sujud? Rahsia rukuk kerana tunduk kepada kebesaran Allah dan rahsia sujud bermaksud mempraktikkan pengabdian diri seorang hamba zahir dan batin.

8. Berapa jenis takbir didalam sembahyang dan diluar sembahyang? Didalam sembahyang ada dua takbir dan diluar sembahyang pun ada dua takbir. – Dalam sembahyang Takbiratul Ihram dan Takbiratul Intiqal – Diluar sembahyang Takbir Mursal dan Takbir Muqid.

9. Apa maksud sebenar Usalli? Usalli itu maksudnya mahu melaks anakan sembahyang akan tetapi ia bukan Mahiyyah atau Hakikat sembahyang dan Hakekat sembahyang itu dari takbir hingga salam.

10. Bila hendak memakrifatkan La ha wla wala quwwata illa billah? Ketika qiam dan sebelum takbir.

11. Mengapa rukunsembahyang itu 13 perkara? Rukun sembahyang 13 perkara kerana mengikut fitrah kejadian manusia yang terdiri daripada 13 bahagian. Daripada Allah satu iaitu –Nyawa, Daripada Rasul empat iaitu

1 – Pendengaran

2 – Penglihatan

3 – Penciuman

4 – Perasaan

5 Daripada Ibu empat iaitu – Darah

6 – Roma

7 – Daging

8 – Otak

9 Daripada Bapa empat iaitu – Kulit

10 – Urat kecil

11 – Urat besar

12 – Tulang

.

12. Apakah rahsia ujud solat? Rahsia solat adalah kerana menunaikan janji semasa dialam Roh (semasa manusia belum ujud).

Firman Allah: Maksudnya: Dan tepatil ah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan (An-Nahl 91) 13.

Mengapa apabila solat terpaksa keluar dari sifatmakhluk kepada sifat Insan Kamil?

Kerana mengelakkan dari perbuatan syirik dan untuk menepati penyerahan diri kepada Allah. Firman Allah: Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya (An­Nahl 89) 14. Membaca Al-Fatihah tanpa Bismillah didalam solat? Al-fatihah semasasolat seperti firman Allah didalam hadis Qudsi. Firman Allah:

Sabda Rasullullahsaw Maksudnya: Telah berfirman Allah `Azza Wajalla “Aku bagi shalat (Al-Fatihah) di antara Aku dan hambaKu menjadi dua bahagian, setengah untuk Aku dan setengah untuk hambaKu. Bagi hambaKu apa yang mereka minta, apabila hambaKu berkata: Al-Hamd ulillahirobbil `alamiin! Allah menjawab: hambaKu telah memujikan Aku dan apabila hambaKu berkata: Arrahmaanirrahiim! Allah menjawab: hambaKu telah menyanjung Aku,apabila hambaKu berkata: Maaliki yaumiddiin! Allah menjawab: hambaKu telah memu liakan Aku, dan apabila hambaku berkata: Iyyakana’ budu wa iyyakanasta’iin! Allah menjawab: Ini setengah untukKu dan setengah lagi untukmu, bagi hambaKu apa yang mereka minta dan apabila hambaKu berkata: Ihdinas shirothol mustaqim, shirothollazina an’amta `alaihim, ghoiril maghduubi `alaihim, waladdhooliin! Allah menjawab: Ini s emua untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang mereka pinta (H.R Imam Muslim dariAbu Hurairah)

Firman Allah: Maksudnya: “Wahai anak Adam! Aku te lah turunkan tujuh ayat. Tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau. Sementara yang satu lagi Antara Aku dan engkau. Adapun tiga untuk Aku, iaitu:

Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin (segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam).

Ar-RahmaanirRahiim (Yang Maha Pengasih Maha Penyayang).

Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai hari kiamat).

Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaa ka Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan) Daripadamulah penyembahan, dan atas Aku pula pertolongan. Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-shiraathal Mustaqiim (tunjukilah kami jalan yang lurus!) Shiraathal ladziina An’amta alaihim (jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil Maghduubi alaihim Waladh-Dh aalliin (bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.)” (Riwayat Thabarani)

15. Apakah maksud menyerahkan diri kepada Tuhan didalam sembahyang? Maksudnya Rohani dikuasai oleh Allah (ertinya ikut kata Allah) sementara Jasmani fana dalam Af’al Allah ertinya dibawah pentadbiran Bismillahirrahmanirrahim.

16. Jika sembahyang fana dan dikuasai oleh Allah, siapa yang membaca setiap pujian dan pujaan? Yang melaksanakan ialah Mutakallimun, iaitu Zat yang bersifat Kalam ini lah yang mesti di’iktikadkan bukan sifat Kalam atau mentakwil kaunuhu Mutakallimun .

17. Adakah sembahyang itu wajib? Sembahyang itu Fardhu lagi wajib.

18. Apakah maksud solat dalam solat? Ada yang menyebut solat daiem.

19. Sembahyang dikatakan tidak boleh syirik. Apakah syirik itu? Syirik bermaksud menyekutukan Allah pada ZatNya, pada SifatNya dan pada Af’alNya.

MENCARI KUASA TERSIRAT

Mencari yang ada dan yang kekal, yang ujudnya sebagai perbendaharaan yang tersirat yang sebenarnya tidak dapat dinilai kerana tiada bentuk dan warna, akan tetapi dialah yang mewarnai kehidupan setiap sesuatu, dialah yang tersembunyi yang mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai rahsia yang perlu diselidik didalam kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain, namun kebanyakkan manusia yang berakal tidak menghira ukannya, kerana dia di anggap memeningkan kepala kerana ghaib dan terpendam, tidak di nafikan bahawa setiap sesuatu mempunyai rahsia yang tersirat dan mencarinya bukanlah semudah bercakap tentangnya, akan tetapi ia perlu di kaji kerana ia adalah sumber ilmu dan perkara yang hak, ramai yang memandang remeh tentang tersirat itu kerana tersurat di anggap lebih penting dan bermutu dan yang benar, yang kekal, dan yang mewarnai kehidupan, namun pandangan tersebut sebenarnya salah dan tidak benar sama sekali, oleh kerana itulah setiap yang berakal perlu mempela jari serta mengkaji setiap zarah apa yang ia nampak ataupun yang ia tidak nampak kerana apa yang dia nampak itu adalah bayangan sahaja kepada rahsia ilmu tersiratnya, kerana itulah contoh yang baik adalah mencari ilmu dan rahsia yang ada pada ilmu tersebut supaya yang hak itu menjadi teras dan kenyataan Ilmu di ambil daripada nas kalam Tuhan ia itu Al Quran, sedangkan Al-Quran itu mengandungi rahsia kejadian alam yang besar dan perlu di selidik ( Li kulli ayatin wa harfim wa nuqthotin minal quraani hikmatun ) Setip huruf, ayat dan titik, di dalam Al Quran adalah mempunyai hikmah. Dan di terangkan juga tentang hikmah yang tersangat besar yang terdapat di dalam Al Quran itu ialah: Maksudnya: Al Quran adalah kalam Allah, setiap huruf ada kemanisannya, setiap kalimah ada kemuliaannya, setiap ayat ada kebahagiaannya, setiap juzuk ada pembalasannya, dan setiap surah ada keselamatannya Ayat yang di atas adalah sebagai contoh yang terdapat di dalam kitab Al-Quran, yang mana dinyatakan setiap titik,huruf,ayat dan surah mempunyai hikmah dan rahmat, demikian juga dengan berbagai peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan menjadi ilmu serta ingatan, juga tauladan supaya di jadikan batas dan sempadan, manusia perlu mencari rahsia dari kejadian kejadian yang terang dan nyata supaya boleh di jadikan ilmu dan kefahaman tentang kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang berlaku terhadap seluruh makhluk Tuhan, ini bukanlah bererti segala kejadian tersebut habis begitu sahaja malah ianya perlu dijadikan iktibar atau kajian sebab dan musabab dan di atas kajian itulah akan lahir ilmu di sebalik tabir atau tersirat dan menjadi dalang bagi menghidupkan segala kehidupan dan watak mengikut ketetapan yang Maha Pencipta kepada seluruh alam,sebab itulah tidak akan bergerak sesuatu juapun jika tiada dalangnya

KEWUJUDAN YANG MAHA PENCIPTA

Kewujudan Yang Maha Pencipta di terangkan oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya Al Insan ayat 1 Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa yang beredar sedang ia (insan) belum ujud lagi, zaman it u tidak dapat untuk di-sebut-sebut mengikut perhitungan masa, mengapa kaum musyrik itu engkar? Mengikut jumhur ulamak zaman yang di sebut oleh Allah swt di atas adalah zaman yang hanya ujud ialah Zat Allah semata-mata dan makhluk Allah yang lainpun belum lagi ujud, akan tetapi Allah yang kita kenali sekarang sebagai Tuhan yang wajib di sembah itu dan di kenali sebagai (Dialah yang awal, Dialah yang Akhir, Dialah yang Zahir dan Dialah yang Batin) telahpun sedia ujud, Yang di katan yang Awal itu kerana Dia bersifat Qidam, iaitu sifat yang mutlak bagi diriNya, dan tiada di dahului oleh sesuatu jugapun, demikianlah juga dengan sifat Akh ir dengan tiada berkesudahan, kerana ia memiliki sifat mutlak yang Baqo, ini bererti Dia memerintah, mentadbir, Mengurus, Menguasai semua makhluk ciptaaNya dari pada awal sehingga ke akhir, sementra siafat ZahirNya ia menunjukkan kepada jelas dan terangnya segala apa yang berlaku atas bergerak dan diamnya segala alam ci ptaanNya adalah dari kerja urusanNya, ia juga di kenali sebagai Af’al Tuhan atau kerja buat urusan yang sentiasa menjalankan urusanNya sebagaimana firmanNya menya takan Maksudnya: Semua makhluk yang berada di langit dan di bumi sentiasa Berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya) (Ar Rahman 29) Ayat yang di atas mengukuhkan lagi kefahaman umat islam bahawa segala yang bergerak dari sekalian makhlukNya adalah ditadbir dan disebabkan oleh kuasa dan kehendak Allah swt, dengan kuasa tadbir itu bermakna takdir seluruh makhluk itu adalah di bawah kuasa gerak daripada Ke Esaan Tuhan secara mutlak dan di tentukan oleh Allah swt, mengikut nafsu semasa makhluk tersebut, inilah suatu rahsia takdir daripada Tuhan terhadap makhlukNya, dan di-sinilah kekaburan manusia tentang ilmu qadha dan qadar Allah swt sehingga membawa kepada pertengkaran yang tiada berkesudahan, ini bererti sekalian makhlukNya tiada mempunyai pilihan daya dan keupayaan setelah di nilai taraf kehendak nafsu seseorang tersebut sebelum takdir di timpakan oleh Allah swt kepadanya, ini bererti ke EsaanNyalah yang sepatutnya di fahami oleh sekalian makhluk terutama manusia yang memiliki akal lagi mampu berfikir secara waras, dengan kenyataan di atas jugalah kita di fahamkan bahawa Tuhan itu sentiasa menjalankan urusanNya tanpa berhenti-henti dan tanpa batas waktu dan masa, ertinya setiap bergeraknya makhluk itu adalah datang dari takdir keEsaan Tuhan , demikian jugalah dengan sifat wal Batinu Tuhan yang sememangnya tidak dapat di lihat dengan mata yang zahir, hanya dapat di yakini oleh mata basirah iaitu mata hati manusia kerana itulah juga manusia wajib tahu dan mengenal fungsi mata hatinya di samping mengenalinya dengan sempurna, terutama mengenal kekuasaan Tuhan secara yang menyeluruh sebagaimana firmanNya Maksudnya: Dialah Allah, yang tiada tuhan melainkan Dia,yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang amat pemurah dan amat mengasihani,Dialah Allah,yang tiada tuhan mela inkan Dia, yang menguasai, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang melimpahkan Keamanan, yang Maha Mengawal dan Mengawasi, yang Maha Kuasa, yang Maha Kuat, yang melengkapi segala Kebesaran, Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan, Dialah Allah, yang mencipta sekalian makhluk, yang mengadakan, yang membentuk rupa, (mengikut kehendakNya) baginyalah nama yang sebaiknya dan semulia-mulianya, bertasbih segala apa yang berada di langit dan di bumi, Dialah yang tiada tolok bandingnya, lagi amat Bijaksana (Al-Hasyar 22, 23, 24) Ayat yang di atas adalah merupakan ayat akidah yang wajib di percayai oleh semua manusia yang beriman kepada kuasa Ketuhanan yang menjadikan sekalian alam-alam ciptaanNya, dan ayat yang diatas menunjukkan kekuasaanNya yang menyeluruh terhadap alam tersebut, oleh kerana itu manusia wajib mengenali Tuhan secara menyeluruh sama ada Zatnya, Asmaknya, Sifatnya dan juga Af’alnya, yang ke semuanya bergerak serentak tanpa ada yang mendahulu atau terkemudian

MENTAUHIDKAN ZAT

Menyatakan dengan penuh rasa kesedaran dan pengakuan bahawa kita menerima dan menyatakan bahawa tiada seorang yang waras dapat membuat kajian yang memperolehi kejayaan tentang penemuan keadaan Zat tersebut, yang mengakui telah bertemu dengan keadaan Zat Allah swt itu adalah di anggap sudah gila atau pendusta, kerana tiada yang termampu melakukan kajian terhadap keadaan yang tidak menyerupai apa jugapun,Dia tiada dapat di bandingk n dengan segala yang ujud daripada seluruh makhlukNya, Dialah yang mengatasi segala yang ujud (ada) tiada yang mampu menyatakan keadaan Zat tersebut walaupun Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya sekalipun atau para MalaikatNya sekalipun, yang cuba mencari-cari rahsia Zatnya atau menyelidik keadaanNya pasti akan kecundang dan tersungkur kerana ada larangan daripadaNya sebagaimana firmanNya Maksudnya: Allah mencegah kamu daripada mengenal Dirinya (Zatnya) (Ali Imran 30) Dan sabda Rasullullah saw menyatakan dalam sebuah hadisnya:….

Fikirkanlah segala makhluk Allah, dan jangan kamu Fikirkan tentang Zatnya, maka dengan sebab itu kamu Akan binasa (HR Abu Naim dan Tabrani) Allah swt mengingatkan manusia yang mempunyai akal supaya memahami taraf akal yang di kurniakan Allah kepada mereka yang terhad fungsinya untuk menyelidikki tentang perkara yang tersurat dan tersirat dan perkara yang batin lagi ghaib, sementara Baginda Rasullullah saw pula mengingatkan umatnya supaya tidak menumpukan fikirannya secara berat tentang Zat Allah swt itu kerana bagaimana hebatnya fikiran seseorang itu memikirkan tentang Zat Allah swt maka hasilnya adalah kosong kerana tiada seorangpun yang termampu menyelidikki Zat Allah tersebut, di dalam sebuah firman Allah pada surah Asy Syam ayat 11 Allah berfirman Maksudnya: Tiada siapapun yang menyamai (Zat Allah) Dia adalah Yang Maha mendengar dan Maha melihat Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan Zat Allah swt itu tidak dapat di bandingkan dengan apa juga makhluk ciptaanNya iaitu (Mukholafatuhu Ta’ala lilhawadis) oleh kerana itu jangan ada lagi yang memerah f ikiran untuk mengkaji Zat tersebut, akan tetapi jika ada yang tidak mahu membazrkan perahan lembaga akalnya untuk mengetahui Zat itu maka kajilah Zat yang ujud nya bersebab, iaitu Zat Ma’anawiyah atau Asmak Allah swt yang hampirnya dengan Zat Nafsiyah itu paling hampir dan tidak pernah bercerai

………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s