3 Usul Diri

APAKAH MAKSUD ADAM ?
Adam bermaksud Allah dan manusia tidak bercerai (Allah dan Muhammad tidak bercerai) Allah ada zahir dan ada pula batiNya, sebab itu Al Quran menerangkan Huwal Awwalu, Wal Akhiru, Wazzohiru dan Wal Batinu sementara manusia ada juga zahir dan batinnya akan tetapi zahir Batin Allah tidak sama dengan zahir dan batin manusia, sebab itu di katakan bahawa zahir manusia adalah jasmani dan batin manusia ialah Rohani, Rohani memiliki kuasa Roh ertinya kudrat, Rohani memiliki kuasa berkehendak ertinya Iradat, Rohani memiliki daya fikir ertinya ia memiliki kuasa ilmu (akal) dan Rohani memiliki kuasa hidup ertinya sifat hayat, adapun sifat Roh, Akal dan Nafsu ini adalah bertaraf Rohanian sementara sifat hayat ini bertaraf berkeadaan zat yang bertaraf man Rohani ataupun kerohanian sama ada ia bertaraf zat ataupun Rohanian ia tetap man yang di jadikan ertinya mereka bukannya Tuhan ataupun sebahagian daripada Tuhan atau penjelmaan daripada Tuhan, mereka inilah letaknya rahsia beserta dengan Tuhan, ertinya di mana juga kita berada maka di situlah ada Tuhan, dan kita hendaklah ingat kita dengan Tuhan bukan bermaksud bersekutu ! Tuhan dengan Rohani tidak bercerai, ini bererti jika asal kejadian ADAM pada awal Allah hendak menyempurnakan kejadiannya maka Allah tiupkan Rohani yang beserta dengan Tuhan itu kedalam jasad Adam maka Adampun menjadilah sebagai seorang manusia, lepas itu barulah Allah suruh malaikat sujud pada ADAM, mengapa Allah suruh malaikat sujud pada ADAM ? Kerana beserta ADAM ialah Allah ertinya Ke Esaan Allah maka itulah rahsia di antara sifat QAHAR DAN SIFAT KAMAL di dalam ilmu akidah sifat 20 Maksud Qalbun dan Qalbi Dalam islam selalu Tok Imam membacakan do’a dengan menyentuh perkataan Qalbun dan juga Qalbi, ada di antara orang islam mentafsirkan Qalbun dan Qalbi ini dengan istilah hati ini kerana do’a tersebut berbunyi !!Allahummas sawaba qalbun Qalbi bi nuurikal ‘azim abadan abada birahmatika ya Ar hamarrahimin !!t (Wahai Tuhanku berikanlah qalbun dan qalbiku sentiasa bercahaya dengan kekal buat selama-lamanya) demikian lebih kurang maksud do’a tersebut, iaitu manusia mengharapkan qalbun dan qalbi itu sentiasa bercahaya, ertinya dua hatinya bercahaya, walaupun setiap manusia hanya ada satu hati Dalam ilmu kerohanian Qalbun dan Qalbi itu bermaksud dua mata hati bukannya dua hati, Allah s.w.t menjadi manusia ini terdiri dari dua unsur iaitu unsur Jasmani dan Unsur Rohani, unsur Jasmani di cipta oleh Allah mengikut fitra hnya dari sumber tanah di Syurga Khuldi iaitu penciptaan ADAM, sementara unsur Rohani dijadikan oleh Allah daripadaNya disuatu alam, iaitu alam Ulwi sebelum Allah jadikan makhluk-makhluknya yang lain, ini bererti manusia batinlah yang Allah ciptakan terlebih dahulu Mengikut ilmu kerohanian juga bahawa manusia jasmani Allah kurniakan dua biji mata iaitu mata yang kita dapat lihat dan yang kita semua maklum, mata ini dapat melihat alam yang nyata sahaja, dia tidak boleh melihat alam yang ghaib, sementara Rohani juga Allah kurniakan dengan dua biji mata iaitu Qalbun dan juga Qalbi, dua mata inilah yang menjadi focus kita sekarang yang tidak ramai orang yang memahaminya kerana ia berada pada Roh, bukan pada Akal dan juga nafsu iaitu komponen Ruhul Yaqazah Adapun Qalbun ini ialah mata hati yang memandang dunia dan seluruh isinya serta memandang kepada Allah, maks udnya mata yang wajib baginya mengenal dunia tempat mereka berlakon (beribadat) selaku khalifah di bumi sementara ta’arif yang lain ialah memandang kepada Allah iaitu mengenal ZatNya, AsmakNya SifatNya dan juga Af’alNya, dengan lain perkataan ialah mengenal Tuhannya, itulah tugas mata hati ini, ini bererti jika seseora ng tidak mengenal pentas mereka beribadat sebagai khalifah dan juga mengenal Tuh anNya maka kehidupan mereka samalah seperti haiwan Sementara Qalbi ialah mata hati yang memandang kepada Allah dan juga akhirat, ertinya mengenal Tuhan dan kerja Tuhan yang meliputi seluruh alam, di samping itu mengenal akhirat, ini bererti kedua mata hati ini akan memandang menyeluruh dunia dan akhirat, sebab itu kita apabila berdo’a yang bermaksud !!Wahai TuhanKu berikanlah aku satu kesenangan dunia dan satu kesenangan akhirat!! ini bererti jika kita mampu menyebut dunia dan akhirat maka kita juga mampu melihat serta mengenalnya, dan sebab itulah juga apabila kita bersembahyang maka hukum Qalbi itu tersangat penting kerana ia menjurus kepada penumpuan kita memakrifatkan yang ghaib

TUJUH NUR

,

Dinamakan tujuh Nur kepada ahli batin yang beramal dengan ilmunya terhadap keEsaan Allah, iaitu :

1. NUR HIDAYAH Nur Hidayah adalah cahaya petunjuk daripada Allah kepada seseorang yang beramal dengan keimanan yang luhur melalui jalan zikir (mengingat Allah) dengan mengamalkan zikir itu, Allah akan memberi petunjuk dan panduan terhadapNya. kebiasaannya mereka akan melakukan dengan jalan bersuluk(menguzlahkan diri).

2. NUR INAYAH Nur Inayah adalah cahaya petunjuk yang didatangkan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan cara tiba-tiba kepada seseorang yang sentiasa mengingati keAgungan dan kebesaranNya. ada pandangan yang mengatakan berlaku majuzub terhadap seseorang itu adalah kepada manusia Kamil yang menjadi pilihan. kebiasaannya berlaku kepada selain nabi dan rasul. kepada nabi dan rasul disebut mikraj.

3. NUR TAQWA Orang yang mendapat cahaya ketaqwaan, apabila mereka mendapat petunjuk daripada Allah tentang sesuatu yang diniatkan. Ahli taqwa melakukan semua jenis ibadat dengan cara taqwa. Orang yang bertaqwa adalah orang yang beriman dan beramal dengan ilmunya dengan bersungguh-sungguh. Maksud taqwa itu ialah taat setia kepada hukum Tuhan dan meninggalkan laranganNya.

4. NURUL IMAN Cahaya keimanan itu adalah cahaya kepercayaan kepada perkara rukun iman dan kepada perkara yang ghaib yang dijadikan Tuhan dan beramal dengan kepercayaan itu. Jika tidak mengamalkan apa yang mereka percaya maka mereka tidak akan mendapat apa-apa dari keimanan yang mereka percaya, malah mereka mendapat kemurkaan dari Allah.

5. NURUL YAKIN Seseorang yang mendapat cahaya keyakinan, maka orang itu dinamakan orang yang beriman dan beramal dengan sebaik-baiknya. Selepas keimanannya bulat kepada keimanan (Haqqul Yakin), hatinya tidak dapat dipengaruhi oleh habuan Madiyah (keduniaan), Hubbu Dunya (habuan dunia) dengan cara tidak halal dan hak. Fikirannya tidak dapat dipengaruhi oleh sesuatu yang batil.

6. NURUL HAKIKI Cahaya keyakinan yang benar dari keimanan dan ketaqwaan yang diamalkannya mengikut aturan ibadat dan setelah mendapat petunjuk yang membawa kepada keyakinan yang bersungguh-sungguh, pintu hatinya (Fuad) dan Qalbun serta Qalbi telah difahaminya menyebabkan fahaman pendiriannya sebagai seorang Islam yang beriman tidak dapat digugat oleh apa-apa pengaruh pun kerana mata hatinya telah celik.

7. NURUL MUSTAIED Cahaya akal yang ilmu didalamnya adalah datang dari alam Samawi. dia adalah seorang Islam yang sebenar dan mendapat petunjuk. Akalnya diisi hanya dengan Al-Qur’an dan hadis semata-mata serta memahami tugasnya sebagai khalifah di alam yang rendah (Sufli),

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s