2 Usul diri

AL QURAN DI DALAM DIRI MANUSIA

Di dalam Al Quran ada dua ayat yang jelas menyebut bahawa Al Quran itu di turunkan oleh Allah di dalam diri manusia dengan menggunakan istilah hati, ayat dari surah Al Baqar ah 97 menerangkan: “Sesiapa yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Tuhan …” Ayat yang kedua adalah dari surah Al Qiyamah 17 yang bermaksud: ! Sesungguhnya Kamilah yang berku asa mengumpulkan Al Quran itu (di dalam dadamu) dengan menetapkan bacaannya!! Jika kita teliti ayat Al Quran yang di atas maka terkenanglah kita kepada pelajaran yang telah lalu (mengenal diri yang ke 50) yang menceritakan kesah Al Quran yang terbentuk dari titik kepada huruf dan seterusnya kepada ayat yang berjumlah 62 36 ayat Setelah kita memahami Al Quran tersebut dari titik kepada huruf dan seterusnya menjadi ayat yang membawa maksud yang berbagai-bagai sebagai panduan hidup manusia maka hari ini kita bawa tuan dan puan kepada penumpuan Al Quran tersebut yang di masukkan oleh Allah pula di dalam diri manusia Pelajaran ini tersangat jarang diperkatakan oleh kebanyakan orang akan tetapi yang menyelidikinya tetap akan mencari maksud sebenar ayat di atas kerana mafhum ayat tersebut tersangat terang dan mudah untuk di fahami, yang menjadi persoalannya sekarang ialah Al Quran yang macam mana ? atau berbentuk apa ?

Apa yang jelas ialah Al Quran itu sudah berada di dalam dada manusia (Al Qiyamah 17) atau Al Quran itu sudah berada di dalam hati manusia (Al Baqarah 97) kedua­dua ayat ini sudah jelas mengatakan bahawa Al Quran itu sudah bertempat pada diri manusia dan tidak boleh di pertikaikan lagi, cuma siapa Al Quran itu ? Setiap apa yang di katakan Al Quran itu adalah qadim, ataupun qalam qadim, ini bererti al Quran itu bersifat Qidam ? Jika ia bersifat Qidam maka ia bukanlah muhadas (yang baharu) sebab yang baharu itu adalah makhluk yang di jadikan, dan yang di jadikan itu jika ia berbentuk Roh maka jelaslah ia makhluk yang berdarjat ammar (urusan Tuhan) Pandangan jumhur ulama mengatakan bahawa Al Quran itu adalah qadim iaitu awal tiada permulaan ertinya qalam yang qadim yang menjadi hak Allah, jika ia menjadi hak Allah maka dia tidak boleh bersifat Roh akan tetapi ia adalah bersifat zat, jadi yang bersifat zat itulah yang di turunkan oleh Allah di dalam dada atau hati manusia, siapa dia ? Adakah Al Quran yang berbentuk Jirim ? atau Jisim ? atau Jauharul Fardhi ? atau Jauharul Basits ? * * Jirim : Setiap benda yang memenuhi ruang sama ada kecil atau besar Jisim : Benda yang tersusun dari jauharul Fardhi yang dapat di bahagi-bahagikan Jauhar: Gambaran kewujudan sesuatu benda yang tidak dapat dipecah atau di pisahkan Jauhar Fardhi: Benda yang paling kecil yang tidak dapat di bagi-bagikan Jauhar Basits: Benda yang terlalu seni yang menjadi sumber melapangkan kehidupan Jika Al Quran itu berbentuk yang beristilah di atas maka apakah dia sebenarnya yang di muatkan oleh Allah di dalam hati manusia atau di dalam dada manusia ? Manusia wajib tahu sebab dia berada di dalam diri kita sendiri, dan menjadi pula sebagai panduan hidup setiap manusia Jika ia sebagai panduan hidup manusia maka dapatlah kita katakan bahawa dia itu menjadi panduan kepada Roh, akal, nafsu dan tubuh badan manusia yang terdiri dari tulang, daging, urat,darah, rambut, roma dan sebagainya, tanpanya semua yang ada pada sebuah batang tubuh manusia menjadi tiada bererti sama sekali, sebab itu ada di antara yang bijak pandai dalam ilmu balaghah, mantik dan bayan menyatakan mencari sesuatu di dalam diri Apa yang sedang di nantikan oleh semua manusia ialah untuk memahami bahawa Al Quran itu ada di dalam hati manusia dan ada di dalam dada manusia sebagaimana yang di terangkan pada pelajaran mengenal diri yang 51, mungkin ramai yang merasakan pelik dan tidak menesabah bahawa Al Quran itu ada di dalam diri manusia, walau apapun itulah yang di tentukan Allah dalam Al Qu ran, cuma dalam berbentuk apa ? Itulah yang hendak di ketahui oleh kebanyakan orang, jika berbentuk Al Quran sebagaimana yang kita ketahui (bentuk kitab yang ada hurup dan rupa) maka itu adalah mustahil kerana tidak mungkin Al Quran berbentuk itu di muatkan di dalam satu jasad Al Quran adalah panduan hidup dan mati manusia, panduan yang lain selain daripadanya adalah tidak layak, Al Quran adalah kalam Tuhan, dia bersifat Nur kepada sekalian alam ciptaan Tuhan , yang mengikutinya atau menjadikannya panduan akan selamat dan yang mengingkarinya akan memperolehi bala dan bakal akan menjadi bakaran api neraka, ertinya kepada orang yang mempunyai akal akan melihatnya sebagai sesuatu yang benar dan suci bersih dengan tiada keraguan terhadapnya, kerana itu layaklah ia di namakan kalam yang kadim iaitu kalam Tuhan, Rasullullah sendiri tidak akan bercakap melainkan percakapannya adalah Al Quran, ini bererti cakap yang benar dan haq Di dalam Quran juga ada ayat yang menggelarkan Al Quran ini sebagai hablillah (tali Allah) iaitu tali yang mengaitkan antara hamba dengan Tuhannya atau tali yang mengikat perhubungan di antara Allah dan seorang hambaNya ( hamba dan Tuhan tidak berc erai) jika tali ini tidak di pegang teguh maka akan bercerai berailah manusia bersama Allah atau sesama manusia dalam erti jalinan roh penghidupan yang berasaskan ukhwah mengikut fitrah Jauhar Basit ( iaitu benda yang tersangat seni yang bersih yang menjadi sumber kelapangan kehidupan) ertinya yang berkait dengan nyawa atau tali nyawa (Hablillah) yang berasal daripada Nurullah yang terpampang luas Hablillah ini mengenal Tuhannya sejak dari alam Roh lagi dan dialah yang mengakui bahawa Tuhan itu adalah Rabbi iaitu Tuhan yang menjadikannya, kalamnya tidak pernah dusta sebagaimana Rasullullah bersabda tidak mengikut perasaannya melainkan mengikut panduan Al Quran semata-mata, ini bererti bahawa setiap manusia wajib percaya bahawa ilmu La haula Wala itu wajib di fahami bahawa ia dikuasai oleh Quwwata illa billah dan jika ilmu ini mahu di kaitkan dengan ayat Al Quran dari surah Al Maidah ayat 15 pun elok juga namun perlu di tafsirkan kepada peristiwa Rasullullah itu sebagai pembawa Nur kepada manusia yang bersamanya ada Al Kitab Al Quran

Merujuk kepada Al Quran surah Al Baqarah ayat 97 dan Al Qiyamah 17 yang bermaksud Allah dengan izinNya memasukkan Al Quran kedalam hati manusia dan dada manusia maka kali ini kita menyingkap suatu rahsia yang tidak pernah atau selalu di perkatakan oleh kebanyakan para alim dalam keilmuan Al Quran ini kerana Al Quran yang di maksudkan oleh Allah s.w.t ini bukanlah berbentuk kitab yang berjilid dan naskah akan tetapi ia adalah berbentuk jauhar yang sukar untuk di lihat dengan mata kasar akan tetapi ujud dengan fungsinya sebagai IMAM atau pemimpin sebagaim ana yang di kehendaki oleh Allah kepada setiap muslim menjawabnya ketika di soal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur atau berbentuk Hablillah (tali Allah) Pada pelajaran yang lepas juga kita telah terangkan tentang istilah Jirim,Jisim,Jauhar Fardhi dan juga Jauhar Basit, ternyataAl Quran yang di masukkan oleh Allah ke dalam hati manusia itu bukanlah berbentuk Jirim,Jisim atau Jauhar yang Fardhi kerana istilah tersebut adalah berbentuk bentuk dalam istilah dan bendanya, oleh yang demikian maka kita lebih cenderung menyatakan bahawa Al Quran tersebut adalah berbentuk zat, kerana Basit itu adalah sebagahagian daripada zat yang di ujudkan oleh Allah dan bertepatan dengan Asmak Allah yang maanawiyah di samping ia adalah IMAM atau pemimpin sebagaimana jawapan yang tepat kepada soalan Mungkar dan Nangkir, oleh kerana ia IMAM maka ia adalah makhluk yang bertaraf zat Di alam Roh ketika mana Rohani itu di tanya oleh Allah s.w.t (Bani Isroil ayat 85 dan 86) Maka yang menjawab soalan tersebut ialah yang menjadi ketua atau IMAM kepada Roh, Akal dan Nafsu, ia adalah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah atau di kenali sebagai nyawa atau Nafsin kepada sumber segala kehidupan (Al Basit) Maka dialah juga dikenali sebagai makhluk La akhluqu (zat yang tidak menjadikan sesuatu) An Nahl ayat 17, apa yang jelas tentang Al Quran yang di masukkan oleh Allah ke dalam diri manusia itu ialah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah ataupun diri kebatinan manusia yang sebenar ataupun dikenali sebagai diri sebenar diri yang tidak menanggung dosa, ini

jika kita faham tentang istilah Ruhul Hayat ataupun Sir kepada Allah Mempelajari ilmu Sir ini perlu di cari guru yang faham tentang ilmu yang khusus ini, di se babkan ia adalah makhluk bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu maka ia tidak terkecuali dari beribadat kepada Allah s.w.t , kerana itu ia beribadat dengan nama shuhud kepada Wahdah dan juga kasrah dan sir ini jugalah yang di kenali sebagai Nafsahu kepada ayat mengenal diri dan Tuhan, dan dia jugalah yang di kenali sebagai INSAN yang sempurna yang tidak ada cacat dan celanya, untuk menyelami istilah yang lebih luas tentang ilmu ini maka alif ba dan ta ilmu ini selalu dimulakan dengan istilah yang bersangkut dengan nafas, nufus, Ampas dan Tanafas yang mejadi sumber ilmunya kepada istilah Ujud, Ilmu, Nur dan Shuhud dan berkait rapat pecahan ilmunya dengan Zat, Sifat, Asmak dan juga Af’al, ertinya ia datang daripada istilah Asmak Alla.

.

HAQIQAH SOLAH

.

Maksud HAQIQAH SOLAH, Haqiqah berasal daripada perkataan HAQ, ertinya yang sebenar dan perkataan ini juga berkait dengan nama Allah (Asmak) Allah yang ke 52 yang bererti Yang amat benar, sementara perkataan SOLAH ( As Salah) yang membawa erti menyembah Tuhan Yang Maha Esa, jika di rangkulkan dua perkataan ini ia di namakan HAQIQAH SOLAH yang bermaksud YANG BENAR MENYEMBAH TUHAN, Haqiqah salah banyak sekali di gunakan oleh golongan tasauf dan tariqah atau golongan yang mendalami ilmu menyembah Tuhan, saya berpandangan bahawa HAQIQAH AS SALAH bukanlah MAJAZ (maksudnya nas yang tidak di ertikan dengan makna yang hakiki) sebab ia adalah maklum kepada orang islam yang sejati Cuma HAQIQAH AS SALAH ini perlu di lihat dari sudut hukum kepada diri yang benar melakukan solat tersebut, umpamanya jika manusia itu di perintahkan bersolat maka mereka perlu tahu siapa yang sebenarnya melakukan solat tersebut sebab itu agama menetapkan hukum qalbi , qauli dan fi’li yang semua hukum ini di laksanakan oleh makhluk manusia yang empunya diri, kerana itulah juga maka setiap manusia perlu mengenal dirinya yang sebenar diri yang ada pada batang tubuh badannya dengan istilah diri terdiri (jasadnya) diri terperi Ruhul yaqazah ataupun istilah hati yang terdiri dari roh+Akal+nafsu (qalbi) dan diri sebenar diri (Ruhul Hayat) ataupun nyawanya, semuanya ini wajib melaksanakan sholat tanpa kadho kecuali uzur syara’ie, dan perlulah faham juga dengan maksud LA HAULA WALA pada dirinya Sesunggu hanya QUWWATAILLA BILLAH itu adalah menguasai akan dirinya pada keseluruhannya er tinya diri yang LA HAULA WALA itu di kuasai sepenuhnya oleh QUWWATA ILLA BILLAH yang difahami oleh kebanyakan orang tasauf sebagai DIRI TAJALLI yang bermaksud semua perkara perlaksanaan kerja ibadat itu di sempurnakan oleh qudrat dan iradah Tuhan Yang Maha Esa dalam kefahaman bukan lah bermaksud PENJELMAAN TUHAN akan tetapi atas ketentuan Tuhan semata mata, dan jika ada yang memahamkan bahawa HAQIQAH SOLAT ini sebagai kerja nyawa semata-mata (solatul daim) saya sangat tidak bersetuju pula sebab tidak mungkin hilang af’al kerana istilah HAQIQAH SOLAT tida k sekali-kali menidakkan kerja ruhul yaqazah dan peranan jasad sebagai sebagai menunjukkan af’al daripada Allah s.w.t Terlalu ramai orang yang mengatakan bahawa HAQIQAH SOLAT hanya di kerjakan nyawa semata mata, ini tidak benar sama sekali, pandangan mereka apabila sebut sahaja HAQIQAH SOLAT maka ia sematamata solatul daim ataupun shuhud wahdah fil kasrah dan shuhudul kasrah fil wahdah (pandangan yang satu kepada yang banyak dan pandangan yang banyak kepada yang satu) jika amalan ini di lakukan oleh nyawa semata-mata maka mereka perlu faham tentang maksud kasrah (banyak) apa yang banyak dan siapa yang di maksudkan yang banyak itu ? Tuhan hanya satu dari yang satu pada maksud WAHDAH TIDAK AKAN FAHAM HAQIQAH SOLAH MELAINKAN MENGENAL DIRI Sebenarnya HAQIQAH SOLAH ini hanya dapat di lakukan oleh orang yang mengenal dirinya dan Tuhannya, kebanyakan orang yang bercakap tentang HAQIQAH SOLAH ialah golongan oeang yang mempelajari ilmu tariqah dan Tasauf, mereka kadang kala menjadi bangga dengan ilmu ini dan kadangkala mereka menjual HAQIQAH SOLAH ini kepada orang yang tidak mengenal diri dan Allah dengan merasa sedikit bangga diri, ini sangat terlarang kerana ilmu jenis ini bukanlah untuk menguji atau mempermain-mainkan orang yang tidak mengenal akan dirinya malah jik a kita halusi ilmu ini tiada bezanya dengan solat biasa cuma HAQIQAH SOLAH ini h anyalah mengkaji solat dan rukun solat biasa secara mendalam sahaja HAQIQAH SOLA T di lakukan oleh diri yang empat jenis diri iaitu diri yang bernama DIRI TERDIRI iaitu JASMANI, jasmani ini melakukan solahdi bawah ketetapan hukum fi’li, DIRI TERPERI iaitu kerja HATIatau diri yang di kenali sebagai RUHUL YAQAZAH yang ter diri daripada ROH, AKAL dan NAFSU ATAUPUN kerjabuat oleh makhluk yang termaktub pada hukum QALBI, DIRI SEBENAR DIRI iaitu makhluk yang di namakan RUHUL HAYAT atau kerja NYAWA ATAU NAFAS ATAU INSAN ATAU HAKIKATUL MUHAMMADIYAH ilmu ini termasuk kerja yang di lakukan oleh NYAWA dalam peraturan hukum qalbi, sementara DIRI TAJALLI adalah kerja di bawah peraturan ketentuan sifat KAMAL Dalam melaksanakan HAQIQAH SOLAH semua makhluk zahir dan batin pada sebuah batang tubuh di kehendaki bersolat misalnya bagaimana jasad bersolat, bagaimana Roh,Akal, nafsu dan Nyawa bersolat yang mana semua makhluk yang berada pada batang tubuh zahir dan batin bersolat yang mana kerja buat setiap makhluk itu di kuasai oleh Allah sepenuhnya, sesungguhnya manusia zahir dan batin yang tidak mempunyai daya dan upaya itu wajib meyakini bahawa tidak sah solah tanpa makrifah, persoalannya apakah yang hendak mereka makrifatkan ? Ini semua kena di pelajari dengan guru yang arif HAQIQAH SOLAT yang berlaku serentak ini wajiblah faham kerja mereka yang bergerak,mengingat,membaca, kerja shuhud (solat daiem) Wahdah dan Kasrah, HAQIQAH SOLAH berlaku pada sembahyang fardhu dan pada masa diluar solah, ilmu ini perlu dipelajari/gurui

.

RAHASIA MALAIKAT SUJUD PADA ADAM

.

Ilmu pengetahuan tentang mengenal diri dan Allah penting diketahui terlebih dahulu sebelum kita tahu mengapa malaikat di perintahkan Allah supaya sujud kepada Adam, sebagaimana kita semua ketahui bahawa Tuhan,Adam,Malaikat dan Jin adalah makhluk yang di jadikan oleh Tuhan, Allah s.w.t ujud tiada bersebab, Dia memiliki sifat keagungan yang berlainan dengan semua makhluk ciptaanNya (Sifat Salbiyah) sementara yang bertaraf makluk seperti Malaikat,Jin dan manusia Allah perintahkan supaya sujud kepada Allah sebab mereka adalah makhluk, sujud bermaksud patuh,ikut tanpa bantah segala perintah Allah, apa yang jelas tentang sujud atau patuh ini di tujukan oleh Allah khas untuk manusia dan Jin, ini kerana manusia dan Jin ada nafsu bagi memudahkan mereka berkec enderungan untuk beribadat kepada Tuhannya di samping mereka ada di bekalkan oleh Allah cara-cara beribadat

.

MANUSIA

.

Manusia bermaksud: MANUS bererti sesuatu makhluk yang dapat dilihat dengan mata kasar iaitu Jasmani IA bermaksud sesuatu makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar iaitu Rohani Rohani di jadikan oleh Allah terlebih dahulu daripada jasmani, malah ia di jadikan oleh Allah sebagai makhluk yang awal, Rohani terdiri daripada komponen yang terdiri dari Roh, Akal, Nafsu dan Nyawa (makhluk ghaib) diantara empat makhluk ini maka nyawalah yang Allah jadikan terlebih dahulu, kemudian baru Roh, kemudian Akal, kemudian nafsu, kemudian Jin, kemudia barulah malaikat, di sini kita boleh fikirkan bahawa makhluk yang tertua di jadikan oleh Allah ialah nyawa, maka nyawa itulah juga di namakan dengan istilah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah atau Insan atau nafas atau nafas atau nufus atau Ampas atau Tanafus, walau apa pun kita focus kepada ROHANI tersebut Allah menjadikan Rohani itu terlebih dahuludaripada Jasmani, dengan adanya Rohani maka barulah jasmani itu bermakna, sebab itu di katakan bahawa Rohani itu ibarat seekor burung dan jasmani itu ibarat sebuah sangkar, dengan adanya sangkar itulah maka baru Rohani itu dapat beribadat kepada Allah s.w.t, pada adatnya jika Allah tidak jadikan Adam maka Rohani itu tidak boleh beribadat, kerana dengan adanya jasmani itu maka barulah kita tahu bahawa Rohani itu melakukan ibadatnya ini kerana dengan adanya jasmani maka baru lah kita tahu rahsia Af’al Allah yang meliputi seluruh alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s