1 Usul diri

RAHSIA HURUF DALAM AL-QURAN

Al Quran adalah suatu petunjuk daripada Allah terhadap orang-orang yang bertakwa, sesiapa saja di antara orang islam yang bertakwa maka wajib bagi mereka merujuk semua perkara dengan Al Quran, sesiapa sahaja yang membelakangkannya maka berdosalah mereka dan di akhirat akan di campakkan kedalam bakaran api neraka terutama pemerintah-pemerintah Di dalam Al Quran yang mengandungi setiap huruf, titik dan ayat-ayat mempunyai hikmah yangtersangat besar.

Setiap huruf, ayat dan titik di dalam Al Quran ada mempunyai hikmah sementara seluruh isi Al Quran itu pula mempunyai penjaganya Sesungguhnya Kami turunkan peringatan (zikra, Al Quran) dan sesungguhnya bagi Al Quran itu pula ada penjaganya (Al Hijr 9) Ayat yang di atas menunjukkan bahawa Al Quran itu ada yang menjaganya dan bukan boleh di permainmainkan, adalah berdosa besar jika kita mempersenda-sendakan Al Quran tanpa menghayatinya tambahan lagi jika ada yang menyatakannya sebagai sudah tidak sesuai, sesungguh nereka yang melakukan sedemikian adalah telah kafir sekalipun jika ada di antara umat islam yang terus melakukan ibadat Al Quran itu mengandungi: Huruf alif sebanyak 48,740 huruf Huruf ba sebanyak 11,420 huruf Huruf ta sebanyak 1,404 huruf Huruf tsha sebanyak 190,480 huruf Huruf jim sebanyak 3,322 huruf Huruf ha sebanyak 4,138 huruf Huruf dal sebanyak 5,998 huruf Huruf zal sebanyak 4,934 huruf Huruf ro sebanya k 2,206 huruf Huruf zai sebanyak 1,680 huruf Huruf sin sebanyak 5,799 huruf Huruf Syin sebanyak 2,115 huruf Huruf sod sebanyak 2.780 huruf Huruf dhod sebanyak 1 ,882 huruf Huruf tho sebanyak 1.204 huruf Huruf zhi sebanyak 842 huruf Huruf ‘ain sebanyak 9,470 huruf Huruf ghain sebanyak 1,229 huruf Huruf fa sebanyak 9,813 huruf Huruf qof sebanyak 8,099 huruf Huruf kaf sebanyak 8,022 huruf Huruf lam sebanyak 33,922 huruf Huruf mim sebanyak 28,922 huruf Huruf nun sebanyak 17,000 huruf Huruf waw sebanyak 25,506 huruf Huruf ha sebanyak 26,925 huruf Huruf lam alif sebanyak 14,707 huruf Huruf ya sebanyak 25,717 huruf.

Kesemua huruf yang terkandung di dalam Al Quran itu ialah 127,000 huruf, jumlah ini sama dengan jarak di antara syurga dengan syurga yang lain atau jarak antara langit dan bumi, di dalam Al Quran ada ayat Makiyah dan Madaniyah, ayat makiyah sejumlah 4,780 dan ayat madaniyah sejumlah 1.456 ayat jumlah semua ayat ialah 6, 236 ayat yang mengandungi 114 surah iaitu 86 surah di makkah dan 28 surah di madinah Dalam banyak ayat maka turun ayat ini maka berlakulah peristiwa: itulah yang nuzul (turunnya) yang amat luar biasa,

Ketika Bis millahirrahmanirrahim di turunkan, awan-awan bergerak ke timur, angin -angin menjadi tenang, laut bergelora, bintang-bintang sama mendengarkan dengan pendengarannya, syaitan-syaitan di lempar daripada langit (Al Marawaih) Demikian kehebatan turunnya ayat Bismillahirrahmanirrahim tersebut, dan tidaklah menjadi hairan ia menjadi bacaan bagi setiap pembukaan pada setiap surah malah ia menjadi bacaan pada segala permulaan sebarang pekerjaan dan pergerakan kecuali pada surah At Taubah, ayat ini bermula pada huruf BA Huruf BA ini tiada bermakna apa­apa jika ia tiada bertitik satu (.) maka pada titik lah rahsia segala rahsia, pada tahun lima puluhan iaitu zaman saya belajar mengaji dan bersekolah arab saya dapat membaca ayat tanpa baris akan tetapi tidak dapat membaca tanpa titik Al Quran itu hanya dapat di baca jika ia ada mempunyai titik satu,dua dan tiga kemudian barulah datang huruf awal ALIF semua ini perlu di ketahui dan saya fikir ia menjadi fardhu kifayah kerana dengan titiklah maka lahirnya huruf dan pengetahuan ini tersangat ilmiyah Di dalam Al Quran hanya ada tiga titik yang membentuk ayat -ayat Al Quran pada setiap huruf yang kesemuanya berjumlah 102,440 semuanya, sementara huruf yang berjumlah 320,779 huruf, pengkajian ini haruslah di buat analisa dari suatu zaman yang berada pada surah Al Insan ayat 1 Adapun zaman satu titik di sebut sebagai : ayat ini menunjukkan bermula dari satu titik Ba yang menun jukkan maksud !!Bersama Aku ada apa yang telah ada!! apa yang telah ada ? iaitu Ta ‘ayun awal, bertanyalah kepada yang arif Kemudian lahir Ta’ayun sani iaitu dua titik .. apa rahsia dua titik ? (BersamaKu akan ada apa sahaja yang akan ada, oleh sebab itu maka umat islam yang ingin tahu rahsia titik maka hendaklah belajar la taayun, taayun awal, taayun sani dan taayun salasa, ada empat taayun yang mana Allah swt menjadikan sesuatu dari rahsia serba empat rahsia, umpamanya Zat, Sifat, Asmak dan Af’al kemudian Ujud, Ilmu, Nur dan Dyuhud kemudia Tanah Nurani,Air Nurani, Angin Nurani dan Api nuruk Adhom, kemudian Wadi,Wazi, Mani dan Maknikam, sekian secara ringkasnya dan inilah asas ilmu wali songo sebenarnya namun tidak di khususkan kepada yang berkenaa.

RAHASIA TITIK BA YANG DI KAITKAN DENGAN ALIF

Pelajarang yang ke 49 kita telah huraikan peranan titik yang tersangat besar ertinya kepada huruf dan ayat di dalam Al Quran, namun titik bukanlah huruf akan tetapi ia adalah asal usul kepada huruf ALIF , hujah yang menyatakan demikian tersangat ilmiyah untuk di bincangkan kerana ia akan membawa kepada kritikal akal untuk memikirkannya, ini bermakna kita akan mencari suatu rahsia yang sukar untuk di terjemahkan cuma kita perlu memikirkannya secara bersama Di dalam Al Quran banyak ayat yang memerintahkan kita supaya berfikir seperti memikirkan ayat Al Insan 1, manusia boleh berfikir selagi mereka boleh berfikir dan jangan tutup pintu akal untuk berfikir, jika kita katakan sesuatu ayat yang terdapat di dalam Al Quran itu tidak perlu di fikirkan sedangkan ia ada di ceritakan oleh Allah di dalam Al Quran maka sia-sialah Allah menurunkan ayat Al Quran tersebut, zaman sekarang ramai manusia penuh dengan ke egoaan atau zaman tepuk dada tuding jar.

HURUF BERTITIK

Lazimnya huruf yang di sertai titik satu, dua dan tiga adalah seperti di bawah ini: 1. Huruf Ba ( ) di dalam Al Quran seban yak 11,420 2. Huruf Ta ( ) di dalam Al Quran sebanyak 1,404 3. Huruf Tha ( ) di dalam Al Quran sebanyak 10,480 huruf 4. Huruf Jim ( ) di dalam Al Quran sebanyak 3,322 huruf 5. Huruf Kho ( ) di dalam Al Quran sebanyak 2,503 huruf 6. Huruf Za i ( ) di dalam Al Quran sebanyak 4,934 huruf 7. Huruf Zal ( ) di dalam Al Quran sebanyak 1,680 huruf 8. Huruf Shin ( ) di dalam Al Quran sebanyak 2,115 huruf 9. Huruf Dhodh ( ) di dalam Al Quran sebanyak 1,882 huruf 9. Huruf Dzo ( ) di dala Al Quran sebanyak 842 huruf 10. Huruf ghain ( ) di dalam Al Quran sebanyak 1,2 29 huruf 11. Huruf Fa ( ) di dalam Al Quran sebanyak 9,813 huruf 12. Huruf Qof () di dalam Al Quran sebanyak 8,099 huruf 13. Huruf Nun ( ) di dalam Al Quran sebanyak 17,000 huruf 14. Huruf Ya ( ) di dalam Al Quran sebanyak 25,717 huruf

Dengan jumlah huruf yang menggunakan titik ialah 102,440 huruf daripada jumlah 320,779 huruf kesemuanya, ini bererti huruf yang mempunyai titik menjadi nyawa kepada Al Quran itu sendiri, ertinya hampir setiap perkataan mempunyai huruf yang bertitik, kerana itu kita perlu selami apakah peranan titik pada asal usulnya yang pada awalnya tiada, iaitu zaman O , zaman ini hanya Zat yang Maha Agong saja yang ada, iaitu zaman Dia bersifat Salbiyah Fi rman Allah:..

Maksudnya: Bukankah telah berlaku kepada manusia suatu zaman dari masa yang bere dar sedang ia (masih belum lagi ujud) suatu zaman yang tidak dapat di sebut-sebut (Al Insan ayat1) Ayat yang di atas menunjukkan telah berlalu di suatu zaman ya ng kita tidak tahu bila, zaman itu manusia zahir dan batin masih belum lagi ujud dan tidak tahu abad bila ataupun tiada abad, yang Wujud ketika itu hanya Zatnya sahaja, demikian pandangan Al Ulamak Sofi, (ulama faquha tiada membuat kajian k erana di fikirkan buang masa) namun Syed Qutub ada membuat pandangan bahawa zaman tersebut Rohani belum lagi di jadikan oleh Tuhan ataupu Nur Muhammad belum lag i Ujud, atau zaman tersebut adalah zaman yang di sebut sebagai La Ta’ayun (zaman yang tiada kenyataan) ertinya pada zaman tersebut kita tidak dapat membuat apa­apa menyatan Firman Allah di dalam hadis qudsi:..

Maksudnya: Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin di kenali, lalu Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu Zaman ini di kenali sebagai zaman Taayun awal (kenyataan yang pertama) yang mana zaman ini adalah zaman awal makhluk hendak di jadikan oleh Allah supaya makhluk yang di jadikanNya itu mengenaliN ya, zaman ini sudah boleh di fikirkan awal ilmu yang boleh kita buat kenyataan, iaitu zaman keagungan sifat Tuhan, dan zaman ini juga baru kita mengetahui bahawa Tuhan itu rupanya berbeza dengan makhluk yang mana Dia bersifat Salbiyah iaitu zaman (Bikana ma kana) Maksudnya: BersamaKU ada apa yang telah ada, apa yang telah ada ? Nur ‘Ala Nur kemudian di ikuti dengan (Bi kanu ma yakunu) (Nurullah) Maksudnya: BersamaKU akan ada apa saja yang akan ada, Apakah yang akan ada ? Apakah yang akan ada ? Awal kejadian atau Hakikatu l Muhammadiyah yang berasal dari anasir wujud, ilmu, Nur dan Shuhud, yakni asal wujud daripada Zat, asal ilmu daripada sifat, asal Nur daripada Asmal dan asal shuhud daripada Af’al iaitu daripada ALLAH zaman ini adalah zaman dua titik (Taay un Sani) Kemudian: Barulah di lengkapkan Allah dengan kenyataan yang ketiga selepas La Taayun iaitu zaman tiga titik ( Taayun Salasa) iaitu zaman (Fa wujudul ‘a walimi bi) Maksudnya: Adanya sekalian alam ini adalah denganKu Semuanya hal keilmuan ini wajib di gurui, tambahan lagi ilmu yang berkait dengan rahsia titik Ba dengan Alif kemudian apa zikirnya ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s