Soal – Jawab tentang sholat

Tazkirah: Soal Jawab Berkenaan Solat

1.Apakah sebab dan tujuan kita sembahyang dan mengapa
pula diwajibkan menghala ke kiblat.
Tujuan kita bersembahyang ialah kerana menunai dan
mentaati perintah Allah S.W.T. Pengakuan diri kepada
Allah melalui sembahyang dan ini melahirkan rasa
ketaqwaan kita kepada Allah Yang Maha Esa. Pengakuan
mestilah melalui amalan dan perlaksanaan. Ianya juga
ialah satu daripada rukun Islam yang lima yang mana
tidak sempuma keimanan seseorang yang mengaku dirinya
Muslim tanpa menunaikan rukun ini. Tujuan atau hikmah
menghadap hala ke kiblat dalam sembahyang adalah untuk
melahirkan kehambaan dan kesetian kita kepada Allah
dan sebagai melambangkan kesatuan dan perpaduan
seluruh umat Islam di dunia.

2.Bilakah niat sembahyang
Niat sembahyang ialah apabila seseorang itu membaca
takbir “Allahu Akbar” ketika itulah ia mengqasadkan
niat sembahyang dan hendaklah ia melakukan tiga
perkara: aasad, taarrud dan ta’yin iaitu di antara
Alif pada Allah dan Ro pada Akbar dalam
takbiratuhhram.

3. Bagaimanakah caranya bagi mengatasi perasaan
was-was saya ketika sembahyang iaitu ketika niat
sembahyang dan membaca kalimah syahadah
Perasaan was-was lahir dari hati yang digoncangkan
oleh syaitan. Saudara dinasihati supaya jangan terlalu
mengikut perasaan. Amalkan membaca surah an-Nas dalam
setiap kali hendak melakukan sembahyang dan setiap
kali mendapat gangguannya. Kita hendaklah sentiasa
berwaspada bahawa syaitan suka mengganggu sehinggalah
kita kecundang. Sekiranya perasaan itu terus dilayan
maka akan bertambah susah lagi. Di samping itu saudara
dinasihatkan supaya membanyakkan zikir dan membaca
al-Quran ketika kelapangan.

4.Sahkah sembahyang jika terdapat najis di bawah
sejadah kita.
Yang wajib bersih dan suci ialah tempat di mana kita
meletakkan anggota sujud, di tempat lain tidak mengapa
walaupun najis itu berada di tengah-tengah perut
ketika kita sujud. Walau bagaimanapun jika najis
tersebut bergerak bersama kita bergerak maka tidak sah
sembahyang itu.

5.Bolehkah kita mengerjakan sembahyang subuh tanpa
membaca doa qunut sepertimana penduduk-penduduk Mekah.
Doa qunut merupakan sunat Ab’adh (sunat yang dituntut)
menurut mazhab Shafie. Sekiranya kita tertinggal
membacanya tidaklah membatalkan sembahyang tetapi
disunatkan sujud sahwi sebagai ganti tentang kelalaian
itu. Menurut mazhab-mazhab tiga yang lain tidak
disunatkan membaca doa qunut.

6.Bolehkah saya sembahyang di dalam gelap (hanya
menggunakan lilin sahaja.)
Sunat kita sembahyang di tempat yang terang sebaliknya
sembahyang di dalam gelap adalah makruh. Memakai lilin
terletak kepada niat. Lilin boleh digunakan kalau
memang larnpu sudah rosak tetapi kalau lampu ada
mengapa perlunya memasang lilin.

7. Saya tertinggal sembahyang fardhu kerana terlupa
atau tertidur, adakah saya wajib menunaikan sembabyang
qada’ dahulu atau sembahyang wajib.
Seseorang tertidur atau terlupa sembahyang maka
hendaklah ia sembahyang apabila ia ingat. Ini
menunjukkan bahawa kita hendaklah mendahulukan
sembahyang yang tertinggal daripada tunai sekiranya
waktu masih panjang.

8. Adakah dikira berjamaah jika saya dan keluarga (6
orang) mendirikan sembahyang bersama di rumah.
Sembahyang yang dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua
orang (seorang iman dan seorang makmum) dengan
sempurna syarat dan rukunnya adalah dikira sebagai
sembahyang berjamaah sama ada di masjid, di surau, di
rumah malah di mana-mana sahaja yang sah didirikan
sembahyang.

9.Bagaimanakah perbandingan diantara sembahyang jamaah
yang dilakukan di rumah dengan di surau masjid
Sembahyang jamaah di surau / masjid lebih afdal
daripada berjamaah di rumah. Ukuran ganjaran bagi
sembahyang jamaah di surau / masjid ialah sebanyak 27
kali dari sembahyang jamaah di rumah dan ganjarannya
25 kali dari sembahyang seorang diri. Kelebihan
sembahyang di masjid kerana disana akan dapat
menunaikan berbagai ibadah yang lain seperti berikaf,
sembahyang sunat tahiyatul masjid, sunat azan dan
sebagainya.

10.Apakah hukumnya bersembahyang dirumah seorang yang
beragama Kristian
Sembahyang itu adalah sah, walau di mana sahaja tempat
itu bersih dan suci dari najis. Walau bagaimanapun
jika tempat berkenaan menimbulkan keraguan elok
dielakkan sahaja daripada bersembahyang di tempat itu.

11.Apakah sah sembahyang jika ia mengulangi
sembahyangnya sebanyak tiga kali. Pertama kerana
terlupa membaca al-Fatihah, kedua kerana terlupa
membuat tahhiyat awal dan ketiga kerana terlupa
membuat sesuatu. Adakah ia wajib mengambil wudu’.
Saudari tidak perlu mengulangi wudu’ semula kecuali
jika ianya telah terbatal. Adapun sembahyang tanpa
membaca surah al-Fatihah hukumnya tidak sah kerana
membaca Fatihah adalah salah satu daripada rukun
sembahyang. Sembahyang masih sah tanpa membaca tahiyat
awal kerana tahiyat awal bukanlah salah satu dari
rukun sembahyang, ianya hanyalah sunat ab’adh dan
diganti dengan sujud sahwi.

12.Sesudah sembahyang saya dapati rambut saya
terkeluar dari telekung. Adakah sah sembahyang saya
itu.
Hukum sembahyang saudari itu tidak sah kerana rambut
adalah salah satu dari aurat wanita yang wajib
ditutup. Oleh itu ia hendaklah mengulangi semula
sembahyang berkenaan.

13.Bilakah waktu yang paling sesuai untuk menunaikan
sembahyang sunat hajat.
Sembahyang sunat hajat boleh dilakukan pada bila-bila
masa sama ada malam ataupun siang kecuali pada
waktu-waktu yang diharamkan sembahyang sunat. Walau
bagaimanapun waktu yang sebaik-baiknya ialah waktu
malam yang sunyi iaitu 1/3 akhir malam.

14.Bagi mengelakkan rasa mengantuk/tertidur ketika
waktu Isyak, bolehkah saya mengerjakan sembahyang
maghrib agak lewat iaitu 10-15 minit sebelum masuknya
waktu Isyak.
Setengah para ulama’ berpendapat bahawa waktu
sembahyang Maghrib itu adalah sangat pendek dan
sempit. Menurut pendapat al-lmam Syafle r.a. dalam
qaul yang qadim, waktu Maghrib adalah dikira dari
azan, sembahyang Magrib dan sembahyang sunat maka
habislah waktu Maghrib itu. Mengantuk tidak boleh
dijadikan sebab untuk melewatkan sembahyang Maghrib
malah lebih baik menyegerakan sembahyang mengikut
waktu supaya waktu Maghrib tidak tertinggal.

15.Ibu saya adalah seorang yang buta huruf dan hanya
tahu membaca al-Fatihah sahaja. Apakah yang wajib
dibacanya ketika ruku’, sujud, duduk antara dua sujud,
tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Ibu saudara wajib dan mestilah berusaha menghafal lima
bacaan tersebut iaitu takbiratul ihram, al-Fatihah,
tahiyat, salawat, salain kerana ibadat sembahyang
tidak sah tanpa bacaan yang lima ini.

16.Oleh kerana saya hanya dapat mengikuti Imam pada
rakaat ketiga (sembabyang zohor), maka untuk
mencukupkannya selepas tahiyat akhir saya menambah
lagi dua rakaat. Adakah sah sembahyang saya ini.
Hukumnya adalah sah dengan syarat tuan dapat mengikuti
Imam ketika ruku’ di dalam rakaat ketiga

17.Bolehkah dilakukan sujud sahwi kerana was-was
bilangan rakaat dalam sembahyang
Was-was bilangan rakaat tidak membolehkan sujud sahwi
kerana waswas dikatakan syak bilangan rakaat sahaja,
sedangkan yang membolehkan sujud sahwi dibina di atas
yakin pada syak bilangan rakaat sembahyang.

18.Bolehkah jama’ sembahyang zohor dengan asar pada
hari Jumaat
Harus pada jama’ taqdim sahaja, tidak boleh jama’
ta’khir kecuali pada hari-hari lain.

19. Bolehkah diqadha’ sembahyang yang sengaja
ditinggalkan
Wajib diqadha’ dengan segera.

20. Saya sembahyang subuh setelah mendengar azan
melalui radio tetapi selepas memberi salam saya
mendengar pula azan subuh di masjid berdekatan rumah
saya. Adakah saya mesti sembayang lagi?
Sekiranya saudara telah yakin dengan ijtihad saudara
waktu subuh telah masuk dan memang waktu subuh
sebenarnya telah masuk tetapi selepas saudara memberi
salam azan masjid pula diazankan, maka saudara tidak
wajib lagi sembahyang. Berlainan jika saudara tidak
yakin waktunya telah masuk semasa saudara sembahyang
yang pertama itu, ketika itu wajib saudara sembahyang
semula. (Lihat bab ijtihad dalam Fiqh).

21. Di dalam tahayat akhir, apabila membaca
Laailahaillallah perlu di angkat jari
telunjuk,kemudian jari telunjuk akan diturunkan, masa
bilakah jari telunjuk tersebut perlu diturunkan?
Semasa mengatakan Laailahaillallah sunat diangkatkan
jari telunjuk, dan tidak disunatkan turun sehingga
memberi salam yang pertama.

22. Mandi dengan air kolah yang tidak cukup sukatan
dua kolah yang mana semasa mandi itu, tepercik dalam
kolah tersebut. Adakah sah sembahyang jika selepas itu
dikerjakan sembahyang?
Mandi hadas pada air yang kurang daripada dua kolah
sah, dengan syarat air yang dimandikan itu tidak
terpercik masuk ke dalam kolah itu, kalau air yang
dimandikan itu masuk ke dalam kolah, maka air itu jadi
air mustakmal dan tidak sah untuk mengangkat hadas dan
mengerjakan sembahyang.

23.Adakah sembahyang seseorang itu diterima oleh Allah
dan hukumnya sedangkan tatkala mengerjakan solat
fikiran serta hatinya tidak hadir kepada Allah (masih
mengingati perkara keduniaan di dalam solat ).
Hukum sembahyang orang lalai di dalam sembahyangnya
sedangkan dia menyempurnakan segala rukun-rukun
sembahyang dengan sempurna maka sembahyangnya sah.
Masalah lalai di dalam sembahyang perkara yang kedua
diterima atau tidak terserah kepada Allah kerana
Dialah menentukan pahala dan dosa. Adapun mengikut
pendapat Ulama` Fekah bagi sembahyang kita ¾
daripadanya lalai kepada Allah maka tidak diberi
pahala sembahyang itu.

24.Seorang sudah berwuduk, sedangkan pakaiannya
terkena najis, sekiranya ia membersihkan pakaian sudah
tentu tidak dapat bersembabyang kerana waktu
sembahyang sudah hampir habis. Jadi, bagaimanakah
hendak dibuat?
Hendaklah sembahyang dengan keadaan tersebut kemudian
qada’ balik sembahyang itu
Bagaimanakah bersuara yang boleh membatalkan
sembahyang?
Suara yang boleh membatalkan sembahyang bagi orang
yang bersembahyang apabila suara itu mengandungi dua
huruf dan ke atas seperti ma, aku atau satu huruf yang
memberi faham seperti ba, ertinya cukup atau jangan
buat. Adapun satu huruf yang tidak memberi faham tidak
membatalkan sembahyang.

25.Berapa rakaat sunat Dhuha, apakah boleh dibuat
setengahnya?
Sunat Dhuha lapan rakaat dan boleh dibuat enam rakaat,
empat rakaat dan dua rakaat. Pada tiap-tiap rakaat
dikenakan satu salam.

26.Adakah wajib mengqada’kan sembahyang yang ditinggal
dengan sengaja?
Wajib qada’ sembahyang yang ditinggal kerana lalai
apatah lagi jika ditinggalkan dengan sengaja. Ada
riwayat yang mengatakan sesiapa yang tidak mengerjakan
sembahyang satu waktu dimasukkan dalam neraka selama
40 tahun, riwayat lain pula mengatakan 80 tahun.

27.Sembahyang jamak takhir yang mana wajib
didahulukan.
Boleh dibuat mana-mana dahulu yang kita kehendaki
seperti sembahyang jamak takhir Asar boleh dibuat
Zohor dahulu ataupun Asar dahulu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s